KONSERT Antara Dunia-GAMIS

29 April 2009
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Selangor. Konsert Antara Dunia ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau dipilih setelah melihat beliau kini menjadi ikon dan idola kepada artis.
Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.


“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.

*** tak sabar rasanya. hm.. baguslah semoga pendekatan dakwah sebegini dapat menarik anak2 muda agar lebih cintakan islam. Shotul harakah... memang best. ada macam rock tapi rock dia menghidupkan semangat jihad. teringat dalam satu progam, kami peserta menyanyikan lagu gelombang keadilan nyanyian shotul harakah. memang bersemangat habis!

Sebelum Dibius Cinta-Saifulislam.com

28 April 2009

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.

“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

BIUS CINTA

Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.

“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.

Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

kredit foto

Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Firman Allah SWT:

30_21

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]

Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

  1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
  2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
  3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
  4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
  5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
  6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
  7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

2_286

“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]

Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.

Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.

Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.

Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR

dandelion publication....

22 April 2009

inilah bunga dandelion.
pertama kali dengar dan pertama kali lihat. itupun melalui internet aje. cantik juga bunga ni. terasa nak sangat pegang =)

cinta ku hanya milik Mu...

20 April 2009
Cukup Bagiku
Album : Istighfar
Munsyid : Opick feat Gito Rolis
http://liriknasyid.com


penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh

cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabiMuhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah

hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah

kak.. maafkan ana...


kak hafizah kena denggi? begitulah yang mesej yang aku terima dari seorang sahabat. masyaAllah tarbiah tu. dalam minggu study week terlantar di hospital. aku pula di library sedang pulun.

tiba2 mesej dari atikah masuk mengajak pergi melawat. fikir aku atikah pergi dengan azumar sahaja. memandangkan aku tak ada lesen dan waktu nak pergi lunch hour aku batalkan niat dari join dorang. namun mesej mengenai kak hafizah aku forwardkan pada sahabat2 LPM yang lain. doa ku panjatkan moga kak hafizah tabah dan lekas sembuh. begitulah, lain orang lain dugaannya.

mesej nazirah pula masuk. bertanya ada sesiapa yang nak pergi ziarah. insyaAllah kereta akan diusahakan. namun aku tidak mereply. kerana sangkaku mereka akan pergi esok. namun jauh sekali.

atikah nazirah dan sahabat2 lain semuanya pergi waktu tengah hari itu dan aku di library sedang pulun study.

terbit di hati aku betapa teruknya diri ini. teruknya aku kerana tak sanggup meluangkan sedikit masa untuk sahabat aku yang sedang sakit, yang sedang mendapat ujian dari Allah.
'
berkali2 aku cuba menyalahkan diri. ketidakambilan aku pada sahabt aku ternyata menghantui perasaan ini. argh.. bersalah. aku jadi malu pada kak fizah. bukankah insan itu sudah banyak membantu aku.

Ya Allah maafkan daku. kau berikanlah kesihatan yang baik padanya. kau berikanlah ketabahan padanya. moga dia mengerti akan perasaan hati ini.

jangan delay...


seminggu sebelum exam... tergelak bila ternampak kartun ni. memang serupa aku. selagi esok tak exam selagi tulah aku rasa relaks sangat. sepatutnya aku bersyukur sebab masih ada seminggu untuk berhempas pulas. hm... ya aku nekad biarlah yang seminggu terakhir ni aku lakukan yang terbaiknya. biar tiada penyesalan di akhirnya.

kelab benci temperature...

17 April 2009
hari ini aku gagal lagi dalam experimen walaupun pada awalnya semuanya nampak baik. semuanya gara2 temperature yang masih tak nak constant. kalau sebelum ni temperature sukar untuk naik, namun hari ini masalahnya temperature terlalu aktif sampai naik tinggi lebih daripa yang aku nak.

akibat rasa tension aku pun mengistiharkan penubuhan kelab anti temperature dengan ahli tetapnya kak Helia...

hm... memang penat buat experiment. mana taknya berada dalam makmal reaktor yang panas. kalau ada aircond tak pa lah. lepas tu setiap masa asyik naik kawal temperature. hai.. aku yang mendidih ni tak de sapa yang counter.

namun di sebalik itu aku belajar banyak benda. antaranya erti persahabatan dan bantu membantu. walaupun kepenatan dan ketension dengan experimen yang selalu fail, namun kakak2 di lab sentiasa meluangkan masa untuk membantu aku. kak Mailin setiap kali tengok aku mesti kata "chaiyok2x. kak Linda siap bagi buku text polymer. masing2 sedia untuk berbincang dengan aku bagi setalkan masalah ni.

selain itu aku juga belajar erti sabar dan ikhlas. "Tuhan sedang mengajarkan aku erti sabar dan ikhlas=)"

begitulah cabaran yang dihadapi oleh daei' setiap masa diuji. setiap apa yang disampaikan tak selalunya mudah diterima. ada masa di abaikan aje. namun ikhlas dan sabarlah insyaAllah kita akan berjaya.

selain itu erti bersyukur. sebelum ni aku sering gagal, namun Allah berikan kejayaan dalam satu dan 2 kali. dengan ini aku harus bersyukur dalam setiap tindakan aku.

hm... namun aku masih lagi tak faham apasal temperature tak boleh naik after 100 darjah celsius. sapa yang dapat jawab aku belanja makan.

kenapa temperature mixture EFB dengan Phenol dan sulfuric acid (catalyst) tak naik selepas 100 darjah celcius. dia stay kat situ aje. sedangkan tak ada air. pemanasan secara reflux