berhadapan dengan ikhlas

08 July 2010
hari ini aku diuji dengan sesuatu yang sering aku katakan sendiri.

ikhlas...

seberapa ikhlas aku hari ini baru aku mengerti. namun aku bersyukur kerana berpeluang untuk merasainya dan mengukur tahap iman di dalam hati dan makna redha di dalam jiwa.

petang tadi aku bertemu dengan seorang sahabat. aku telah membantunya untuk satu perkara. dan sahabat itu tidak sudah2 mahu memberikan ganjaran kepada aku sedangkan aku sendiri sudah berjanji padanya dulu bahawa aku melakukannya dengan 'ikhlas'. aku tidak mahu apa2 balasan. 

namun sahabat ini tetap berdegil. maka dia telah menghadiahkan pada aku sebuah benda yang berbalut. tapi dari rasanya aku tahu itu buku. buku apa itu aku tak tahu. dalam hti berbunga pulak bila dapat hadiah. yelah benda berbungkus ni suspennya memang melampau dan keinginan untuk membuka membuak2...

tapi aku tak terus pulang ke rumah setelah bertemu sahabat ini. sebaliknya aku ke jambatan klang untuk mengambil gambar masjid saat matahari terbenam. dan waktu tu moto aku parking hanya 50m aje dari aku dan hadiah itu masih kekal di bakul motosikal. tergerak di hati aku untuk memasukkan hadiah itu ke dalam beg aku tapi sebab dah biasa dengan suasana UTM, jarang barang yang kita tinggal dalam bakul akan hilang. malah Alia selalu aje tinggalkan kunci motor dia kat motor waktu ke kelas orait aje.

dalam 30 minit aku menembak, sewaktu aku menembak tu adalah 3 orang yang lalu di situ dalam jarak masa yang berbeza. ketiga2 mereka menegur aku.

dan apabila waktu mahu pulang baru aku sedar hadiah itu sudah tidak lagi di situ. saat tu aku terfikir satu aje. mungkin inilah yang Allah nak uji aku seberapa ikhas aku kata aku ikhlas membantu sahabat aku. saat Allah tarikh ganjaran itu hati aku jadi kecewa sedangkan jika aku betul2 ikhlas tak nak mengharapkan apa2 balasan tentunya aku takkan merasa kecewa. lainlah aku kecewa dengan sikap masyarakat klang yang suka mengambil hak orang.

memang sukar untuk menilai ikhlas ni. tapi seperti yang aku cakap aku bersyukur pulak dapat melalui pengalaman ni. minggu depan nak start keje dan aku berdoa pengalaman tentang ikhlas ini dapat aku jadikan panduan untuk aku lebih ikhlas dalam kerja aku. Ya ikhlas itu hanya dapat dinilai oleh Allah tapi berusaha menjadi ikhlas adalah perlu.

aku tahu buku yang dihadiahkan oleh sahabatku itu tentunya buku2 dakwah yang sangat baik untuk diri. aku doakan orang yang mengambilnya akan membacanya dan mendapat hidayah dariNya.. insyaAllah =)

meredhakan apa yang telah hilang ...


rindu yang tak bersahut

06 July 2010

rindu pada mereka yang telah tiada lagi
rasanya lebih sakit berbanding
merindui mereka yang masih hidup

rindu yang tak bersahut....

al fatihah~


i got the job!

05 July 2010

macam mimpi.. sapa sangka budak pompuan yang datang dengan berkobar2 untuk 1st interview dia dan menjawab soalan2 interviewer macam untuk position photographer boleh dapat job as process engineer?!

hehehe but i make it!

alhamdulillah =) 

terima kasih Tuhan =)

neraka dunia akan bermula.. walaupu takut tapi hidup ini sentiasa penuh cabaran dan harus dilalui.. bertindak sebagai orang dewasa.. do my best! kerja kerana Allah.. insyaAllah dipermudahkan!


bicara tentang satu ini...

04 July 2010

dalam setiap perkara yang kamu lakukan, sesiapa sahaja boleh mengambil kebaikan atau keburukan daripada yang kamu lakukan itu. namun ada satu sahaja yang tidak akan sesiapa dapat mengambilnya daripada kamu.

apakah itu?

'keikhlasan...."

ikhlas hanya antara kamu dan Allah sahaja =)

-thanks to my kakak 'kak helia' yang sentiasa dengar butir hikmah yang menusuk2 hatiku-


complicated~

02 July 2010

ada perkara yang kita tak sepatutnya besar2kan nya.. take it easy~

tapi macam mana?

bukan semua perkara dan bukan semua manusia yang boleh anggap semuanya mudah~

tiada yang sempurna...

saat terakhir

01 July 2010

macam bagus dan super lagha aje letak lagu ni kat blog kan.. heh

lagu saat terakhir - ST12

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……

dari pandangan aku... lagu ni bukanlah untuk berjiwang konon aku telah ditinggal oleh kekasih aku yang bla ntah ke mana.. hehe

this song dedicate to all my friends.. mereka yang pernah aku kenali terutama waktu di STAR dan Convent.. kenapa.. aku menjalinkan perhubungan persahabatan dengan mereka namun diakhirnya aku meninggalkan mereka begitu sahaja.

pernah juga aku digelar sebgai seorang yang suka mengambil keempatan. aku berkawan dengan orang2 yang dapat memberi manfaat pada aku. tapi bila mereka dah tak memberikan apa2 lagi yang aku rasakan penting aku akan tinggalkan mereka begitu sahaja. aku akui aku ada bersikap seperti itu. dan aku akui jahat sungguh berkelakuan seperti itu. ada masanya aku benar2 buat tak layan walaupun orang tu betul2 ada disebelah aku. aku tak sedar habit ni kadang2 terbawa hingga kini. tapi aku dah cuba untuk tinggalkan...

maaf kepada semua yang pernah terasa. sungguh sangat mengecewakan mendapat kawan seperti ini.~


...

30 June 2010

ini untuk kamu...
ada sesuatu yang sangat ingin saya katakan pada kamu
harap maklum ia bukan tentang cinta, jiwang2 atau rindu2 ya!
ia tentang apa yang saya rasa
terhadap apa yang kamu lakukan

damn!
saya tak mampu untuk luahkan apa yang saya mahu luahkan
bila kamu di hadapan saya
kesannya
saya merasa lebih marah pada kamu
kawan saya kata ianya unfair
saya memarahi kamu
sedang saya tidak memberi peluang pada kamu
untuk menjelaskan segalanya
sebab saya sendiri tak mampu untuk mendengar lebih banyak lagi penipuan!

lihat saya sudah mula tidak mempercayai kamu!

what should I do?
membiarkan perasaan marah ini?

anda adalah kisah terbaik dalam setiap orang yang anda jumpa
jangan lupa itu
hargailah apa yang anda ada
syukurilah dengan nikmat dan kasih sayang Dia


mungkin satu hari nanti anda akan kembali
mendapat kepercayaan saya

....