memandang ke langit yang luas

17 October 2013

bosannya hari boleh jadi
panjangnya waktu boleh dirasa
saat semuanya bergerak seperti hari hari yang semalam

jiwa rasa terkepung
ada rasa marah dalam dada
yang mungkin akan lepas bila bila masa sahaja

aku manusia yang merasakan
sudah waktunya
aku menghadapi sesuatu yang aku inginkan

aku manusia yang sudah tidak mampu
untuk menjalani hari yang sama ini lagi

aku manusia yang mahu keluar
dari kotak ciptaan aku 3 tahun yang lalu ini

beranikan diri
keluar dari zon selesa
menerjah bumi Tuhan yang luas

memanggil manggil aku mendakapnya!


mungkin

09 October 2013

mungkin jatuh cinta dan bercinta bukan perkara yang sesuai untuk saya

cinta.. hanya penuh dengan rasa rindu dan pilu

dan ia akan buat saya berfikir berjuta kali untuk pergi tanpa menoleh

sedang saya ingin hidup sebebas burung

saya benci bila hati mula berfikir dan berfikir~


melupakan untuk semua rasa

13 June 2013


perkara2 yang dtg singgah ke dalam hati adalah bukan sesuatu yang saya minta
kalau hati berdetik
saya cuba utk melupakan
tak mungkin rasa itu akan jadi nyata buat saya

kawan baik saya mengatakan
beri peluang pada diri
ya saya memberi peluang

hingga satu saat
saya kembali merasa rasa itu bukan saya yang punya
saya harus melupakannya
walaupun hati merintih mahukannya
kawan saya kerap memarahi

rasa itu....

tak mungkin milik saya

biarlah sampai di situ sahaja

kerana saya takut kecewa yang menggila~


campak = cinta

14 March 2013

 kata orang cinta itu seperti penyakit campak.. setiap orang akan terkena campak maka setiap orang akan melalui cinta...

tapi aku tak pernah kena demam campak lagi.. hah macam mana tu?

just for fun :D



:D

19 February 2013


ia hanya tarikh :D



2004-2013

20 January 2013
 

“Namun, ternyata, jika seseorang hanya memikirkan seseorang, bertahun-tahun, dan dari waktu ke waktu mengenai isi hatinya sendiri dengan cinta hanya untuk orang itu saja, maka saat orang itu pergi, kehilangan menjelma menjadi sakit yang tak tertangguhkan, menggeletar sepanjang waktu. (hlm. 238)” 
― Andrea HirataPadang Bulan




ada di luar sana...

17 December 2012

kadang2 doa kita di makbulkan oleh Tuhan
cuma kekuatan yang tidak kita punya
menyebabkan satu2 perkara jadi sungguh derita

ada perkara yang menyentuh hati saya
ada sesuatu yang ingin saya suarakan
kerana saya menanti jawapan yg sgt panjang
adakah........... (saya tak boleh habiskan ayat ini)

Tuhan bukakan satu peluang 
tapi saya takut untuk mengambil langkahnya
akhirnya menangis sendiri

Ya Allah jika engkau takdirka takdir yg begini
ku pohon jadikan seperti yang kudoakan
tolonglah Tuhan...

meminta dengan sangat!