Tragedi di bilik asrama UTM

01 July 2009
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

aku ingin ke pantai...

30 June 2009
masalah ini harus aku bendung seorang diri... lantaran sukarnya mulut untuk berbicara tentangnya... pernah satu ketika aku lontarkan segala beban di hati di atas sebuah bukit tinggi di tempat aku. sambil mata dan badanku menikmati keindahan ciptaan tuhan. lantas ada kapal terbang berlalu di atas aku. umpama memberi isyarat segalanya sudah selesai...

kali ini hati ini rasa berat lagi. seolah menghadapi kanser yang sedang membunuhku perlahan. penyakit apakah ini? menyesakkan hariku... aku jadi keliru... lantas pandangan ku tertatap pada sekeping gambar...

aku mahu ke pantai... laut juga boleh ... melihat ombak yang memukul sambil menghela nafasku.. mungkin menadi penawar pada kegusaran aku...

aku mahu ke pantai weekend ini....




......

bukan mudah menjadi manusia... apatah lagi manusia ini datang dengan set akal dan perasaan...perasaan?! argh... persetankan sahaja apa yang datang enyinggah di hati. biarkan sahaja percikan bisikan yang menjalar di hati. mungkin esok, lusa atau dikemudiannya aku akan terlupa. semuanya hanya cerita dibelakang hari.

kelemasan dalam keraguan sentiasa buat aku jadi marah. harus mengapa aku menunggu esok dan lusa sedangkan aku ampu kepada penyelesaianny. mengapa tak dijeritkan saja segala kekusutan.. biar ada yang mengerti..

sesak dan sempit tangkai hati... mencari adakah yang megerti permainan hati yang bernama perasaan....

online shop.....

29 June 2009
hm... alhamdulillah mood hari ni ceria bebenor walaupun ari jumaat ni ada biggest presentation... argh... who cares!

dah lama terfikir nak buat online boutique tapi selalu je ada problem. hm...tapi atas dorongan teman2 terutamanya naemah (budak lab aku) yang kakak dia pun ada online boutique aaku pu nak try gak lah... at least aku dapa juga buat something yang aku suka....

but under construction lagi... tengah nak cari suplyer... hm... tengah pikir product apa juga. but... i most prefer something yang aku create sendiri... maybe aku jual baju tapi dah aku tambah sumething hasil idea aku yang konon2 kreatif ni ler...

mostly second hand thing kot. hmmmm just wait n see....

http://melcollection.blogspot.com

sem baru tanpa 'epal yang tinggi'

28 June 2009
woi... bangun... bangun... buka pintu ni...

jam di sebelah menunjukkan pukul 8.00 pagi. argh.. sapa lah yang kurang ajar ni. dahlah datang bilik orang tak bagi tau. pulak tu ketuk macam nak pecah pintu. salam pun tak bagi. apa ke halnya ni?

aku menggulung dalam selimut. apa ingat aku nak bukak ke? hah jeritlah sorang-sorang kat luar tu. selagi tak bagi salam jangan harap aku nak bangun.

woi.. tidur mati ke?! bukak lah pintu ni? tak sembahyang subuh ke?

ek eleh suka ati je kata aku tak sembahyang subuh! dah sembahyang argh... tidur jap tak boleh ke? malam tadi stay up mata ni dah tak boleh nak angkat dah!

woit... bukak2... argh..pura2 tidurlah tu....

argh!!!! sapa ni? ngantuklah... nak mati ke budak ni?!!!

dalam tensen aku berjalan ke pintu. memang nak kena luku ni. hah siaplah ko!

hah bangun pun.. tidur mati ke? orang ketok dah nak roboh pintu tak dengar ke?

lor... si epal rupanya. apa ke hal pagi2 lagi dah tercangak depan bilik aku ni? kalau berdiri diam2 tak pa ni nak diruntuhkan pintu bilik aku. bukan ke si epal ni ada kunci bilik aku? apa ke halnya tak gunakan kunci tu?

kunci mana?

hehehe tadi nak kuar umah awal, terlupa nak amiklah durian =)

sengih pulak! tak cun langsung. aku menutup pintu. si epal masih lagi tersengih2

kelas epal kul 10 lah. unta fatimah anta awal sebab fatimah ada kelas awal.

kak epal duduklah ya... buat macam bilik sendiri. saya ngantuk gila ni, mata tak boleh bukak cuba tengok ni. kepala pun pusing. duduk diam2 saya nak tidur jap.

begitulah sehari2... kalau si epal ada kelas lambat mesti bilik aku yang dia lepaknya. abih bilik aku dipakainya sampai dia dah ada port khas dia kat bilik aku.

bila aku bawak motor baru, si epal nilah jadi pembonceng setia. walaupun aku bawak laju sampai kadang2 si epal jerit2 tapi tak serik2 gak dia naik. hehehe

BKF 3019... hah motor ni pun mesti rindukan epal. sejak si epal xcident ngan sorang akak tu (bukan naik BKF) sejak tu si epal diwarning jangan naik motor lagi. aku pun tak faham apasal. kalau korang nak tau sebelum si epal xcident aku pernah suruh si epal naik motor skuter dari giant ke UTM. hah betapa hebat tak si epal. dalam kaki dia sakit2 tu berjaya juga dia lepas lampu isyarat yang sesak tu. aku perhati jauh je.

namun after xcident semua orang tak bagi epal naik motor. pergh... kerana xcident motor tu yang dipersalahkan. sejak dari tu si epal asyik naik unta fatimah je. tak pun naik buraq NAM. huh! mentang2lah BKF aku ni kuda hitam je. tak dipandangnya lagi.

dengan epal. aku belajar banyak perkara. dulu aku panas baran sikit. pantang kena tunggu sikit aku dah mengamuk merentan tak tentu pasal. nasib baiklah si epal ni pandai cerita tentang idologi2 ni.. ada aje cter dia tu yang kenakan aku.

paling tak tahan cerita pasal epal yang tinggi. tapi entah kenapa aku pulak dapat gelaran durian belanda? cerita sikit!

epal juga selalu ajak aku bagi ikan makan kat tasik. ada ke patut bagi ikan makan roti pondan yang dah basi. tak baik betul. tak patut betul. kalau ikan sakit perut sapa nak jawab. satu hari aku cakap kat epal. wei epal kita ni selalu amik manfaat dari alam, kenapa tak kita manfaatkan diri kita untuk ikan2 dalam tasiik ini?

pergh... muka epal pelik gila...

ya lah kita makan dorang, kita bagi dorng roti basi, kita buat itu dan ini, tapi tak pernah kita buat perkara baik untuk diorang. apa kata mulai ari ni kita jangan lah berkira sangat dengan alam. kalau bagi ikan makan kita bagilah roti yang elok yang boleh kita makan. sambil tangan aku mengeluarkan roti coklat yang belum expied dari dalam beg.

haha bengang aje kak epal tengok aku bagi ikan makan sambil aku makan sekali roti tu. kenapa dia bengang? sebab masa tu kak epal puasa. hahaha

epal pun tebal gak telinga dia. tebal macam kulit apa tah. selalu aje kena sakat dengan aku. semua perkara lebih2 lagi soal jodoh...

woit kak... macam tak sesuai je datang forum cindai ni!

akak pun rasa... kita ni sepatutnya bagi peluang kat mahasiswa/i lain biar diorang faham konsep bercinta dalam islam. kehadiran kita macam sekat peluang untuk orang lain datang.

aku menggeleng2 kepala. berdehem kecil...

buka itu maksud saya.. kataku separuh berbisik

abih tu???

huhu akak tu. tak sesuai datang ni. dah nak grade dah apanya kahwin ketika belajar??? tak sesuai.. untuk tajuk ke 2 pun tak sesuai akak mana ada calon lagi...

then aku pun kena luku...

ketebalan telinga kak epal bukan hanya pada sakatan ku. malah pada lagu2 opic.

wei durian, bukak la lagu sunyi je....

lagu apa?

apa lagi lagu mendambamulah...

habis lagu mendambamu...

lagu rapuh... takwa... alhamdulillah... semester bertasbih... dan semuanya lagu opick...

kak udah2 boleh tak nak muntah dah ni. saya taulah lagu opick memang best gler tapi kalau setiap hari dengar jadi gila saya...

kalau cam tu dengar lagu muhasabah cinta

aku terjelupuk macam nak pengsan sebab lagu tu lebih kerap dimainkan sebelum ni

oit... bila nak gi angsana ni.. gi badan bei buku aku terima nikahnya?

owh jumaat petang. after orang sembahyang jumaat...

orait...

tapi sampai ari ni tak pergi2 kerana aku selalu je kena masuk lab ari jumaat. sabtu dan ahad sebok dengan program...

jom makan laksa banyak bawang...

jom beli cekodok pisang....

jom makan char kuew teaw abang kak amy...

jom itu dan jom ini...

walaupun kadang2 memang rasa macam sempoi je ngan kak epal ni tapi seronok juga.

dan sekarang aku akan mengharungi dunia kampus tanpa lagi epal.

teringat waktu epal dah nak balik ari tu...

oit kak... jangan rindu aku tau...

ek eleh... akak takut orang tu yang rindu. dengar lagu opick smpai nangis2 sabab ingat kak akak.

cet!

saya dah cari kakak baru tau. dalam list dah ada senarai2nya...

pergh....

then... kak epal balik kampung. dah habis semester dia. pergh cepatnya masa berlalu. seingat aku mula2 aku kenal kak epal masa dekat kem mahasiswa gemilang. masa tu sapa tah mintak aku amik kak epal ke kem sebab dia nak dengar ceramah ustaz ismail. balik tu aku anta dia hujan pulak. hehe sempat pau dia belanja air sirap limau.

adake patut orang kata muka aku macam kak epal?! hahaha

hm... sem baru tanpa kak epal... pasti membosankan... sapalah yang akan robohkan pintu bilik aku lagi nanti =(

(p/s: ada penambahan dialog supaya lebih tragis... ehehe)

aku

tak lama dulu, aku dan mei chen selalu duduk di koridor itu. dari tingkat 3 kita dapat melihat segalanya. bukan sahaja pemandangan indah jauh dihadapan, malah masa hadapan turut kita amati.

mei chen...

banyak perkara yang menjadikan aku sentiasa dekat di hatimu. malah terasa pelik tatkala bercerita tentang masa hadapan tanpamu. mungkinkah kau akan menjadi pengapitku di hari penikahan aku? mungkinkah kau akan menemankan aku ke rumah sakit dan memberi nama kepada anak aku? mungkin kah kau akan bersama dengan aku di hari-hari tua ku sambil kita berbicara tentang masa muda kita?

batas benua tidak pernah memisahkan kita. seolah menjadi asbab untuk kita saling bersama. berkongsi suka dan duka.dikala semua mereka tidak memahami aku, kala itu kau hadir menjadi si pendengar yang setia. peliknya kau senantiasa menyokong aku.

ingat lagi waktu kita berbicara tentang cinta dan impian. waktu di koridor itu sambil memerhati hujan yang turun renyai-renyai dan membasahi bumi. kau mahu membuka kedai buku disebelah kedai pengantin aku. bersama membuat kek. aku memandu kapal terbang dan kau penumpang pertama aku. bercuti di pulau redang.

antara kita berkongsi satu rahsia yang sama. bersama menyimpannya di dalam hati.

wahai pendengar setia, wahai sahabat yang setia, wahai teman yang sentiasa berada disisi


hari-hari selamba aku

pagi ini aku mahu lahirkan protesku
biar semua manusia tahu
aku juga manusia seperti mereka

hari ini aku mahu datang lambat ke kerja
aku mahu mereka bertanya kenapa
dengan itu aku ada harga di mata mereka

hari ini aku mahu skip lunch
biar perutku tahu aku juga mahu kurus

hari ini aku mahu mendengar lagu kuat2
aku mahu tersenyum puas2
aku mahu berkumat kamit bernyanyi
biar manusia tahu aku punya perasaan

hari ini aku mahu lari dari kerja
aku mahu menjadi seperti tidak tahu apa
biar mereka tahu aku hanya insan biasa

hari ini aku mahu pulang awal dari kerja
aku mahu membawa motor laju-laju
aku mahu mengisi minyak banyak-banyak
biar perempuan di stesen minyak tu tahu aku juga punya duit yang banyak

hari ini aku mehu siapkan semua report aku
aku mahu siapkan semua slide presentation aku
aku mahu siapakan semuanya sebelum jumaat ini
biar mereka tahu aku sentiasa bersedia

malamnya aku mahu tidur
bermimipi tentang aku
yang hidupnya
hanya tersenyum....