pengajian di UTM insyaAllah bakal selesai. itupun kalau tak ada apa-apa masalah dan saya mohon dengan sangat pada Tuhan agar saya dapat tamatkan pengajian saya pada sem ini juga.
pada masa yang sama ramai rakan-rakn bertanya pada saya samada akan menyambung master atau tidak. Prof NASA yang juga supervisor PSM saya juga sudah beberapa kali menelefon saya agar berjumpa beliau. dan saya pasti ia mengenai master ini.
namun dengan selamba dan tanpa apa-apa perasaan saya katakan pada semua yang saya tidak akan menyambung master! tanpa istikharah dan tanpa melihat pada pro dan kontra. bimbang juga kalau2 2 atau 3 bulan nanti tiba-tiba saya balik ke UTM untuk menyambung master....
namun saya tekad. saya tak akan sambung master tak kiralah dalam bidang reaction, safety (dulu rasa nak buat ni) atau environment...
saya tak suka baca journal, tak boleh bekerja dalam kumpulan, tak boleh kerja dalam pressure dan tak boleh kerja pada sesuatu yang saya tak nampak dan saya tak cinta!
my friend said kehidupan kami selepas ini pasti mencabar. ya saya sendiri sudah terbayangkannya. sedangkan dalam bidang kerjaya juga saya tak minat dalam oil and gas atau mana-mana position berkaita chemical engineering kecuali dalam bidang pollution.
dan semalam saya menghubungi seseorang dan mengambil satu keputusan paling besar dalam hidup saya. alhamdulillah dia memberi sokongan dan bersedia untuk membantu...
mesti ramai yang kata saya dah buang masa 4 tahun di utm dalam chemical engineering. mulanya saya beranggapan demikian, tapi saya sedar mungkin inilah jalan terbaik dari Allah. saya masuk ke UTM dalam keadaan diri terumbang ambing tak kenal arah tujuan. saya dipertemukan dengan kak azlina (naqibahku) dan LTKS.. di situ saya kenal usrah, saya kenal iftar dan saya kenal erti persahabatan... kemudian saya diperkenalkan dengan PMIUTM, di situ saya kenal kak syifa' yang sentiasa memberi cahaya waktu saya mula merasa tertekan dalam keadaan sekeliling yang 'baru'. kemudian saya berjumpa kak helia yang selalu berkongsi analogi2 kerek dan gila-gila mengenai realiti kehidupan ini.
di sini juga saya belajar mengenai penerbitan melalui gema al ilmu, An-Nur, ILHAM (terbitan sendiri di KTDI) dan seruan Jumaat.
malah di kampus bertuah ini juga saya mula berjinak-jinak dalam dunia fotografi yang amat saya cintai itu.. dengan duit scolar disini saya miliki d3000 saya...
terlalu banyak dan saya sangat2 bersyukur...
cuma masaya telah tiba. jika sewaktu saya masuk ke kampus ini saya lebih banyak cuba memenuhi keinginan atau harapan orang lain. maka saya mahu melangkah keluar dengan yakin pada keinginan saya sendiri pula.
23 tahun saya sudah hidup... masanya sama ada TO BE OR NOT TO BE... dan saya memilih untuk TO BE!
semoga Tuhan merestui....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment