I Do

24 March 2010

-I Do-

I can't promise to buy you the world
Or steal you the stars from the moon
I can't promise the rest of our lives
Will sing like the usual love tune
But this much I know to be true
I'd regret it the rest of my days
If I never said "I love you"

(chorus)
I do cherish you
I do adore you
I do promise you
That I do love you
Yes, I do I can't promise that I'll understand

But believe me, I'll always try
I can't promise I won't make mistakes,
Or hurt you, or won't make you cry
But this much I'll never deny you
I'll be here with you 'til the end
No matter where tomorrow lies

(chorus)

I promise I'll always be true
I promise there's nothing I won't do
I promise I won't leave your side
I promise I've nothing to hide

(chorus)

mencari lagu ni tapi masih tidak jumpa... 

bisikan nurani

21 March 2010

Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

perlukan rest

saya terlalu penat dengan projek design sampaikan rasa susah mahu bernafas

saya mahu pulang.. tetapi selangor terlalu jauh dan sangat menyiksakan bagi seorang yang mudah migrain

saya mahu bercuti esok pagi.. menghirup udara segar sambil memikirkan yang indah-indah...

ya esok saya harus berehat dan menikmati cahaya pagi.. sinaran matahari... ketenangan dari TUHAN


to be or not to be...

18 March 2010
pengajian di UTM insyaAllah bakal selesai. itupun kalau tak ada apa-apa masalah dan saya mohon dengan sangat pada Tuhan agar saya dapat tamatkan pengajian saya pada sem ini juga.

pada masa yang sama ramai rakan-rakn bertanya pada saya samada akan menyambung master atau tidak. Prof NASA yang juga supervisor PSM saya juga sudah beberapa kali menelefon saya agar berjumpa beliau. dan saya pasti ia mengenai master ini.

namun dengan selamba dan tanpa apa-apa perasaan saya katakan pada semua yang saya tidak akan menyambung master! tanpa istikharah dan tanpa melihat pada pro dan kontra. bimbang juga kalau2 2 atau 3 bulan nanti tiba-tiba saya balik ke UTM untuk menyambung master....

namun saya tekad. saya tak akan sambung master tak kiralah dalam bidang reaction, safety (dulu rasa nak buat ni) atau environment...

saya tak suka baca journal, tak boleh bekerja dalam kumpulan, tak boleh kerja dalam pressure dan tak boleh kerja pada sesuatu yang saya tak nampak dan saya tak cinta!

my friend said kehidupan kami selepas ini pasti mencabar. ya saya sendiri sudah terbayangkannya. sedangkan dalam bidang kerjaya juga saya tak minat dalam oil and gas atau mana-mana position berkaita chemical engineering kecuali dalam bidang pollution.

dan semalam saya menghubungi seseorang dan mengambil satu keputusan paling besar dalam hidup saya. alhamdulillah dia memberi sokongan dan bersedia untuk membantu...

mesti ramai yang kata saya dah buang masa 4 tahun di utm dalam chemical engineering. mulanya saya beranggapan demikian, tapi saya sedar mungkin inilah jalan terbaik dari Allah. saya masuk ke UTM dalam keadaan diri terumbang ambing tak kenal arah tujuan. saya dipertemukan dengan kak azlina (naqibahku) dan LTKS.. di situ saya kenal usrah, saya kenal iftar dan saya kenal erti persahabatan... kemudian saya diperkenalkan dengan PMIUTM, di situ saya kenal kak syifa' yang sentiasa memberi cahaya waktu saya mula merasa tertekan dalam keadaan sekeliling yang 'baru'. kemudian saya berjumpa kak helia yang selalu berkongsi analogi2 kerek dan gila-gila mengenai realiti kehidupan ini.

di sini juga saya belajar mengenai penerbitan melalui gema al ilmu, An-Nur, ILHAM (terbitan sendiri di KTDI) dan seruan Jumaat.

malah di kampus bertuah ini juga saya mula berjinak-jinak dalam dunia fotografi yang amat saya cintai itu.. dengan duit scolar disini saya miliki d3000 saya...

terlalu banyak dan saya sangat2 bersyukur...

cuma masaya telah tiba. jika sewaktu saya masuk ke kampus ini saya lebih banyak cuba memenuhi keinginan atau harapan orang lain. maka saya mahu melangkah keluar dengan yakin pada keinginan saya sendiri pula.

23 tahun saya sudah hidup... masanya sama ada TO BE OR NOT TO BE... dan saya memilih untuk TO BE!

semoga Tuhan merestui....

makin parah

08 March 2010

hari hari celik mata 
selepas melakukan apa yang sepatutnya
maka mataku tersaji dengan foto

foto-foto dan foto
jangan cakap dengan aku selain foto

ehem.. kan bagus kalau project design
pasal menghasilkan foto...



rahsia atau bukan

04 March 2010

saya ada sebuah rahsia
tapi ada yang dah tau pasal ini
samada secara kebetulan
atau kerana mereka bertanya
tapi yang pasti saya tak pernah memberitahunya saja-saja

kenapa saya tak pernah beritahunya saja-saja?
kerana saya tak sedar pun ia perkara besar
yang kadang-kadang bila seorang tu dapat tahu
dia akan speechless,
muka tak tahu nak buat macam mana,
tukar topic lain....

pada saya ia bukan rahsia
tapi realiti
saya hidup dalam realiti itu dan tidak pernah
merasa akan kekuranganya

mahu tahu apa perkara itu?
hm.. kan saya dah kata saya takkan bagitau saja-saja
anda semua akan tahu juga satu hari nanti
insyaAllah
mugkin akan speechless seperti mereka yang lain...

mahu klu?
kasih sayang tak perlu pada kata-kata
dan kesempurnaan bukan perkara utama dalam membetuk yang sempurna
saya bersyukur pada keduanya
alhamdulillah
sangat menghargainya
alhamdulillah
saya gembira pada keberadaannya
alhamdulillah

anugerah Tuhan yang paling berharga dalam kehidupan ini =)



mahu jadi biasa

01 March 2010

dua, tiga empat dan beberapa hari ini
keadaan jadi lain
entah apa-apa yang hadir
entah apa-apa yang mengacau lamunan

mahu kembali biasa
cakap dengan biasa
dengar dengan biasa
ketawa dengan biasa

design....