entah..

19 August 2009
menyusur dalam satu jalan
kiri kanan orang berteriakan
rasa ingin ku hempaskan sahaja
rasa ingin ku lempangkan sahaja
rasa ingin aku jahitkan sahaja
biar sunyi
biar sepi seketika

dunia ini bukan aku yang punya
aku berkongsi dengan manusia lain
namun ketamakan aku
mahu merasakan hanya aku
sehingga ia menyakitkan aku

semalam aku bergembira
namun tiba-tiba aku terluka
aku bertanya pada siapa harus ku luahkan sakit ini
namun tiada siapa yang sudi
hanya pada Tuhan aku berbicara

aku enggan pulang ke rumah
walaupun rindu membebani aku
sungguh aku takut untuk pulang
kerana kenyataannya amat pahit
ada insan yang sedang menderita di sana
tapi sebenarnya aku yang lebih menderita
kerana tidak mampu berbuat apa-apa

hati.. perasaan dan jiwa menjadi remuk
segalanya terasa begitu pantas meninggalkan aku
kesepian ku rasakan
pandangan pelik aku rasakan
kata-kata sunyi aku rasakan
jiwa jadi tertahan
ada air mata yang ingin mengalir
tapi aku tahankan
berharap agar esok ia akan hilang

Tuhan... katakan semua ini mimpi
aku dalam mimpi yang ngeri
berikan senyuman itu
berikan kelapangan itu
berikan kecerian itu
aku yang masih mampu menahan

0 comments: