cahaya-giegiel

31 August 2009


Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu


Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku


Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku


Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

will be update insyaAllah...

selamat menyambut kemerdekaan =)

maaf kerana sudah lama tidak mengupdate. tuntutan sebagai student yang sedang sebok dengan urusan study agak membantutkan saya untuk menulis.

disamping keadaan emosi yang kurang stabil juga.

insyaAllah dalam masa terdekat akan mengupdate semula.

sentiasalah mendoakan saya =)

istilah sibuk?

26 August 2009
sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini. memang terlalu sibuk. dengan PSM, dengan group work, dengan asignment dan bermacam lagi. keluar jam 8.00 pagi dan pulang ke bilik jam 5 petang. malamnya jam 10 sehingga 12 sambung dengan discusion pula. entah bila waktu senang pun aku tak tahu. pernah sekali berbuka atas motor. namun itu bukanlah rungutan. malah aku anggap sebagai satu pengalaman yang cukup amat bermakna.

pengalaman tidak dapat dibeli. setiap hari aku melaluinya. menjadi pimpinan dalam organisasi juga merupakan antara pengalaman yang besar dalam hidup aku. teringat sekali waktu pertama kali nama aku dipanggil sebagai pimpinan hatiku runtuh dan terbeban sekali. walaupun hanya sekadar TP sebuah lujnah namun aku tidak pernah merasakan ianya beban yang kecil. menggerakkan satu kumpulan kecil dalam satu organisasi yang besar sebenarnya adalah lebih sukar daripa yang digambarkan. beberapa kali aku dikecewakan dengan balasan sms dari ahli apabila aku jaak bermeeting, bergerak kerja, berusrah dan segalanya. kalau diikutkan hati yang kecewa mahu sahaja aku biarkan sahaja. namun sifat putus asa hanya akan menimbunkan lagi masalah.

semester ini merupakan semester yang terlalu serabut bagiku. namun aku melihatnya dari prespektif sesuatu yang mendewasakan aku. aku keluar seawal pagi untuk masuk ke dalam lab dan meyelesakan psm aku. aku memerah otakku dan mewujudkan keberanian dalam diri aku untuk mengahadapi segala masalah yang wujud ketika menyelesaikan psm. aku mengorbankan masa study aku untuk mengadakan discusion, entah apa lgi yang aku harus lakukan agar semester ini menjadi perfect.

mungkin dalam kesibukan ini aku seakan mengabaikan tentang tanggungjawabku sebagai pemimpin. aku tidak mampu menghadiri meeting sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan sahabat muslimat. tidak mampu untuk pulang ke .... disebabkan masa yang memang terlalu menyengat.

taburlah seribu alasan sekali pun tapi yang pasti aku tetap yang bersalah. entahlah itu yang aku rasakan. manusia yang memberi alasan dianggap sangat hina kerana alasan adalah lesen untuk mengelak dari masalah. lantas bicaraku hanya diam.

kasar sungguh aku ini. tapi memang sukar untuk memahamkan orang. sukar untuk membuat orang faham dan sukar menjadikan orang memahami.lantas kepada Allah aku berserah. hamba ini sangat teruk pengurusan masanya. semoga kekangn yang sentiasa ada ini akan Kau pandu agar tidak lalai dari tanggungjawab aku ...

5 tahun...

21 August 2009
ianya sudah 5 tahun berlalu
namun rasanya bagai baru semalam aku keluar meninggalkan STAR
masih terdengar suara-suara rakan
dan juga suara mu sahabat.

antara kita dibezakan dengan terlalu jauh perbedaan
sehingga aku sendiri tidak mengerti
mengapa harus ada perselisihan hanya kerana sebuah pendapat

namun dalam 5 tahun ini
satu yang pelik aku rasakan
aku tidak pernah jemu mencarimu
tidak pernah henti untuk melupakanmu
malah kerinduan berbalah kian mencengkam

selamat berpuasa
semoga Ramadhan ini bisa mempertemukan kita
aku mahu kita terus berbalah lagi seperti dahulu
dan aku akan setia dengan pendapat aku =)

entah..

19 August 2009
menyusur dalam satu jalan
kiri kanan orang berteriakan
rasa ingin ku hempaskan sahaja
rasa ingin ku lempangkan sahaja
rasa ingin aku jahitkan sahaja
biar sunyi
biar sepi seketika

dunia ini bukan aku yang punya
aku berkongsi dengan manusia lain
namun ketamakan aku
mahu merasakan hanya aku
sehingga ia menyakitkan aku

semalam aku bergembira
namun tiba-tiba aku terluka
aku bertanya pada siapa harus ku luahkan sakit ini
namun tiada siapa yang sudi
hanya pada Tuhan aku berbicara

aku enggan pulang ke rumah
walaupun rindu membebani aku
sungguh aku takut untuk pulang
kerana kenyataannya amat pahit
ada insan yang sedang menderita di sana
tapi sebenarnya aku yang lebih menderita
kerana tidak mampu berbuat apa-apa

hati.. perasaan dan jiwa menjadi remuk
segalanya terasa begitu pantas meninggalkan aku
kesepian ku rasakan
pandangan pelik aku rasakan
kata-kata sunyi aku rasakan
jiwa jadi tertahan
ada air mata yang ingin mengalir
tapi aku tahankan
berharap agar esok ia akan hilang

Tuhan... katakan semua ini mimpi
aku dalam mimpi yang ngeri
berikan senyuman itu
berikan kelapangan itu
berikan kecerian itu
aku yang masih mampu menahan