cinta tak sempurna

29 May 2011

hari ni aku berkesempatang pergi ke rumah aida.. selamat pengantin baru kepada aida dan pasangannya..

aida adalah kawan saya sejak di convent --> sk taman gembira --> STAR

banyak kenangan yang penah kami kongsikan bersama. pergi sekolah sama-sama, pergi berkhemah sama-sama, lepak taman sama2, lari dari sekolah sama2 dan macam2 lagi. cuma bila dah masuk STAR kami semakin jauh.. jauh sebab masuk kelas lain2.

cinta tak sempurna....
 
melihat aida pada hari ini saya tahu dia sangat gembira.. saya tidak mahu cerita tentang aida tapi saya mahu cerita tentang cinta.. hm layak ke saya mahu cerita tentang cinta andai diri pun tak pernah berkongsi cinta...
anda pernah bercinta? 

anda pernah berperasaan ingin bercinta?

anda pernah jatuh cinta?

saya pernah jatuh cinta.. sekali dan kadang2 saya terlupa tapi selalu juga saya teringat cinta itu...

salah ke jatuh cinta? bagi saya jatuh cinta tak salah.. cuma bagaimana anda menyalurkan cinta itu yang kadang2 menjadikan ianya salah..

entah kenapa kebelakangan ni saya merasakan cinta itu perkara yang biasa.. entah mana indahnya, entah di mana asyiknya, dan tak pernah pun saya cemburu jika melihat orang bercinta..

tapi tadi sewaktu mengemas barang2 lama saya terjumpa sesuatu...

perasaan cinta kembali memenuhi dada...

ya saya pernah jatuh cinta, dan entah kenapa saya tak seperti kawan yang lain.. cinta itu saya sembunyikan.. saya simpan ia dalam2... saya selalu percaya jika dia untuk saya dia akan muncul sekali lagi bila saya sudah bersedia.. 

cinta saya tak sempurna.. tapi saya pernah jatuh cinta.. dan masih lagi percaya jika dia benar untuk saya dia akan datang.. jika bukan Tuhan pasti mengaturkan yang lebih baik untuk saya..

Tuhan mengajarkan cinta pada hambanya dengan cara yang paling menyentuh jiwa...

"ketika cinta ku datangi.. aku jadi malu pada keterangan ku sendiri"



5 comments:

Nat Cure said...

saya pun pernah..
(tapi mane leh citer. =P)

Muhammad Hafiz said...

Violet Biru: Kadang-kala, elok guna orang tengah. Nak tolong ke?

Muhammad Hafiz said...

Violet Biru: Kadang-kala, elok guna orang tengah. Nak tolong ke?

Syifa' Ismail said...

ececeh... akak boleh jd org tgh.. perlukan prtolongan? hehe

violet biru said...

ehem.. cinta tu dah terlalu lamalah.. tak kenal macam mana nak tolong aisey.. heheh

biarlah ia jadi cinta yang penah Tuhan anugerahkan pada saya,, kata orang dalam hidup ni kita akan jumpa dengan orang yang cintakan kita dan orang yang kita cintakan dia.. dengan itu kita akan belajar tentang mencinta dan dicintai.. ceh falsafah mana ku dapat ni.. huahuahua