sejak bila kita menjadi begitu memilih

31 March 2011

sorang dari kawan saya berkata kepada saya

"perempuan patut berkahwin dengan engineer, maka engineer yang perempuan harus berkahwin dengan siapa?"

saya kelu...

sim kata kepada saya

'kau dah ada?"

jawapan saya

'rahsia' =)

then sim kata 

'kau boleh terima kalau husband ko level bawah ko?"

saya kelu...

sejak bila saya menjadi begitu memilih?
sejak bila kita menjadi begitu memilih?
sejak bila pilihan itu menjadi yang utama sebelum keputusan dibuat?
sejak bila???
sejak bila????
sejak bila?????


bercerita tentang masa

26 March 2011

begitu cepat masa berlalu
sampaikan kita sendiri tidak sedar
akan tiba satu hari
kita akan meningalkan hari ini dan melangkah
pada hari yang lebih lain dari biasa

betapa cepat masa berlalu
sampaikan tiada kata yang dapat menerangkannya

masa kadang kadang
mampu jadi satu keterujaan
dan juga satu perjuangan

masa membezakan
siapa kita pada hari ini dan hari esok

masa juga menentukan 
status kita di hari ini dan hari depan

betapa kalutnya masa
dan kadang kadang begitu istimewa

penuh dengan penambahan
dan terselit juga kesedihan

apa pun yang ada dengan masa
ia sentiasa ada

semoga semuanya indah
dan kesedihan jadi pedoman


mensaje secreto

19 March 2011

globo!

uno de mis sueños es montar en globo con sus seres queridos. Por desgracia el balón ha llegado, pero no saben donde nuestros seres queridos .. Quiero una billetes de viaje en globo, pero también muy difícil de querer. para los seres queridos que un día vendrá, escuchar aquí para obtener un tiempo para y vosotros, para arriba! Asegúrese también de que es "halal" en todos los sentidos =)



raja lawak

18 March 2011

malam ni secara tidak sengaja saya menonton raja lawak akhir. saya bukanlah selalu mengikuti siri ini cuma kadang2 tertengok atau tidak sengaja tertengok. Abang saya selalu kata Man pelawak yang bagus, namun sampai ke saat sebelum malam tadi saya tidak pernah melihat Man melawak...

tadi saya dapat melihat ketiga-tiga finalis melawak dalam 2 segment

pandangan peribadi

saya merasa sungguh dangkal dan bosan dengan orang2 yang melawak tetapi berbaur lucah... sungguh steretaip dan tidak ada mesej.. terasa seperti diperbodohkan dan adakah mereka memikirkan semua penonto ni berjiwa dan berotak kotor? sedangkan rancangan ini adalah rancangan tontonan seisi keluarga yang ada orang besar dan kanak2.. bagi saya mereka yang melawak sebegini sudah kehabisan idea atau malas utk study!

berbeza...

Man dalam segmen pertama melawak dengan isu kongsi gelap.. entah kenapa saya terhibur.. bagi saya lawaknya punya mesej dan sedikit sebanyak menyampaikan mesej pada remaja dan semua betapa kongsi gelap itu akan mengelapkan masa depan. dalam segmen kedua pula beliau melawak dengan isu mat rempit. mesejnya sangat baik dan cukup selamba..bagi saya lawak yang dipersembahkan mengambarkan beliau membuat homework dan memberi sedikit input kepada penonton.

entah kenapa saya terpanggil utk menulis disini.. cuma ingin berkongsi pandangan peribadi.. =)



aku tak faham bahasa kau

13 March 2011

ia sangat menjengkelkan apabila ada sesetengah orang perasan mereka bagus

lebih menjengkelkan apabila mereka mula lupa diri dan perasan bagus

tambah menjengjelkan bila merasa hanya diri yang betul dan perasan bagus

sungguh aku tak faham dan tak akan faham bahasa kau

jadi sila jangan perasan bagus

- buat mereka yang perasan bagus -