berhadapan dengan ikhlas

08 July 2010
hari ini aku diuji dengan sesuatu yang sering aku katakan sendiri.

ikhlas...

seberapa ikhlas aku hari ini baru aku mengerti. namun aku bersyukur kerana berpeluang untuk merasainya dan mengukur tahap iman di dalam hati dan makna redha di dalam jiwa.

petang tadi aku bertemu dengan seorang sahabat. aku telah membantunya untuk satu perkara. dan sahabat itu tidak sudah2 mahu memberikan ganjaran kepada aku sedangkan aku sendiri sudah berjanji padanya dulu bahawa aku melakukannya dengan 'ikhlas'. aku tidak mahu apa2 balasan. 

namun sahabat ini tetap berdegil. maka dia telah menghadiahkan pada aku sebuah benda yang berbalut. tapi dari rasanya aku tahu itu buku. buku apa itu aku tak tahu. dalam hti berbunga pulak bila dapat hadiah. yelah benda berbungkus ni suspennya memang melampau dan keinginan untuk membuka membuak2...

tapi aku tak terus pulang ke rumah setelah bertemu sahabat ini. sebaliknya aku ke jambatan klang untuk mengambil gambar masjid saat matahari terbenam. dan waktu tu moto aku parking hanya 50m aje dari aku dan hadiah itu masih kekal di bakul motosikal. tergerak di hati aku untuk memasukkan hadiah itu ke dalam beg aku tapi sebab dah biasa dengan suasana UTM, jarang barang yang kita tinggal dalam bakul akan hilang. malah Alia selalu aje tinggalkan kunci motor dia kat motor waktu ke kelas orait aje.

dalam 30 minit aku menembak, sewaktu aku menembak tu adalah 3 orang yang lalu di situ dalam jarak masa yang berbeza. ketiga2 mereka menegur aku.

dan apabila waktu mahu pulang baru aku sedar hadiah itu sudah tidak lagi di situ. saat tu aku terfikir satu aje. mungkin inilah yang Allah nak uji aku seberapa ikhas aku kata aku ikhlas membantu sahabat aku. saat Allah tarikh ganjaran itu hati aku jadi kecewa sedangkan jika aku betul2 ikhlas tak nak mengharapkan apa2 balasan tentunya aku takkan merasa kecewa. lainlah aku kecewa dengan sikap masyarakat klang yang suka mengambil hak orang.

memang sukar untuk menilai ikhlas ni. tapi seperti yang aku cakap aku bersyukur pulak dapat melalui pengalaman ni. minggu depan nak start keje dan aku berdoa pengalaman tentang ikhlas ini dapat aku jadikan panduan untuk aku lebih ikhlas dalam kerja aku. Ya ikhlas itu hanya dapat dinilai oleh Allah tapi berusaha menjadi ikhlas adalah perlu.

aku tahu buku yang dihadiahkan oleh sahabatku itu tentunya buku2 dakwah yang sangat baik untuk diri. aku doakan orang yang mengambilnya akan membacanya dan mendapat hidayah dariNya.. insyaAllah =)

meredhakan apa yang telah hilang ...


0 comments: