Give & Take

31 July 2010

tadi tiba2 ada sorang mak cik datang dengan 2 orang anak dia. nampak macam orang susah aje. bagilah dia masuk sebab kata nak jumpa mak.. peliknya mama mana ada kawan yang suka datang lepak2 dekat umah. then mama gelak2 terus gi jumpa mak cik tu. sangat pelik...

then dorang bual2 dan lepas tu mama suh mak cik tu amik beberapa plastik yang ada baju2 aku ngan adik beradik yang lama2.. dan ada juga baju arwah papa.. mama kasi baju2 tu dekat mak cik tu. anak2 dia yang dua orang tu gembira sangat bila dapat baju tu.. aku tengok aje. baju2 tu memang tak guna pun sebab aku pu jarang sangat pakai baju kurung tu.. kasi ajelah

bila lihat kegembiraan di wajah adik dan mak cik tu aku teringat pada suatu ketika dahulu. masa kecik2 dulu. waktu along belum masuk U waktu di mana hidup kami susah sangat. keluarga aku penah juga dapat baju pemberian orang. teringat ada cikgu2 dekat sekolah mak lang yang amik kita orang jadi anak angkat so masa hari raya akan berikan baju baru untuk kita orang. perasaan itu masih bersarang dihati ini.. saat manusia semakin mementingkan diri, saat saudara tidak mengambil peduli sebenarnya masih banyak insan yang sangat care pada orang lain.

alhamdulillah sekarang hidup dah lebih lapang. makan dan pakai bukan lagi satu masalah. mungkin sudah tiba masanya untuk menjadikan diri sebahagian dari masyarakat. membantu mereka yang memerlukan. merasai bebanan orang lain seperti mana yang orang lain pernah merasakan untuk kita.

alhamdulillah.. terima kasih Tuhan untuk setiap hari pembelajaran yang engkau berikan pada hati ini.. =)


paralayang

28 July 2010

pic from Mr. Google =)

Yo tengo un sueño. Espero que pueda volar con una que me encanta .. =) Cuando en la escuela secundaria yo en realidad la esperanza puede ser un piloto. pero yo terminar con ser ingeniero. pero espero todavía cuando me casé .. mi marido me llevará volar .. mediante el uso de 'paralayang' =)



konflik hati

24 July 2010

saya menghadapi kesukaran untuk mengarah orang di bawah saya yang lebih tua dan lebih penat kerjanya. duduk berjalan di bawah oven. peluh yang menitik kadang2 boleh memuatkan satu baldi. 

mungkin kerana saya belum tersepit di tengah2... menerima tekanan dari orang atasan dan terpaksa menekan orang bawahan...

hati berkonflik dengan sesuatu yang amat saya tidak senang...


meL


Entry bersifat sukar difahami.. hanya yang mengerti sahaja.. harap maaf =)

waktu kali terakhir saya melihat kalian, waktu itu saya berlalu pergi dan melihat kalian memandang pada saya. mungkin waktu itu antara kita semua masih terlalu ego. atau mugkin juga waktu itu kita semua masih muda. atau mungkin juga waktu itu Tuhan tidak mengizinkan cerita dan kisah dipanjangkang... maka semuanya lenyap bersama waktu. namun semua kenangan masih terus ada. setiap kali melewati semua tempat kenangan masih terus mekar. mungkin inilah yang dikatan persahabatan yang sejati.. 

"Begitu singkatnya waktu, begitu besarnya Cinta.. 
terima kasih Tuhan menemukan dengan mereka2 yang begitu setia tanpa perlu berkata2"

6 tahun semua berlalu begitu sahaja.. kadang2 saya menyangka ianya akan menjadi sia2.. pernah saya menyangka kalian semua mungkin telah mati kerana tiada langsung khabar berita. 

namun entah kenapa tiba2 Tuhan berbicara. kita ditemukan semula tanpa sengaja. walaupun masing2 mahu memulakan bicara tapi macam ada sekatan. saya percaya kali ini pada Tuhan... jika antara kita semua masih ada rasa persahabatan dan dengan izinNya kita akan bertemu lagi. memulakan kembali pesahabatan yang tiba2 terputus.

saya sudah penat mendongak ke langit dan bertanya sama ada kita semua akan kembali bersama...

meL adalah persahabatan indah yang pernah Tuhan anugerahkan pada saya 6 tahun dahulu... 
semoga kita semua berkumpul kembali...

meL 2004 =)



waktu...

23 July 2010

begitu singkatnya waktu... begitu besarnya Cinta...

thanks God =)


i hate the way you lie

17 July 2010

semua orang ada rahsia
pasti ianya besar dan ada yang kecil
rahsia bukan lagi rahsia apabila ia sudah terbongkar

saya menyesali diri kerana mengetahui 
beberapa rahsia besar orang lain
tanpa dia sedari yang rahsianya bukan lagi rahsia

dan ianya amat membencikan
apabila dia mula menipu di hadapan saya
sedang saya tahu semuanya

saya benci perasaan ini
sebab ianya penuh ragu
penuh dengan kecurigaan
dan tiada lagi kepercayaan

jadi perlukah rahsia?
rahsia perlu datang dengan solusi untuk mengubahnya
agar rahsia hanya tinggal sejarah 
yang untuk dimuhasabahkan...

There Are No Shortcuts to Success

14 July 2010

baru 3 hari keje.. duduk dalam production room... ikut pusing kilang.. wah tiada masa nak berehat2..

benda yang paling aku baran bila QA masuk dengan product yang tak capai quality.. senang kata yang berproblem.. 

means kami kena kerja lebih masa...

even aku tak involve nak settle kan problem tu, tapi as proteje kepada mentor aku kena take note gak lah.. wah next time aku pulak yang kena solve semua problem tu.. believe me it's not easy.. tapi kena ingat kita bukan buat keje sorang.. the team always there to support us.. 

focus, kerja kerana Allah.. jangan malu bertanya.. insyaAllah dipermudahkan...

today aku tengok muka engineer yang dah berpuluh tahun keje, masuk room baru duduk bapa minit lepas round kilang, then QA masuk dengan masalah.. muka dia memang bengang habis dengan jam sepatutnya dah habis keje.. hahaha sedey!


minah kilang

11 July 2010
after SPM masa tengah sebok cari keje untuk part time sementara nak tunggu masuk matrik, aku cakap kat along yang aku nak kerja kilang bukannya apa gaji dia beso.. then along ngan pak lang dan segala pak cik semua lecture kan aku kata keje kilang tak bagus. banyak PATI dan bahaya gak banyak orang yang tak serupa orang. pergaulan bebas, tak puasa, akhlak entah macam mana.

then after degree aku dapat keje kat kilang. walaupun positionnya jauh berbeza kilang tu gaklah work place aku.. kat situlah aku akan bernafas dan dekat situ aku akan duduk makan tengah hari dengan pekerja2 kilang...

tapi pelik kali ni tak de sapa pulak halang. siap kata kilang tu bagus masuk bursa dan itu ini...

mentaliti manusia berubah seiring dengan status.. wah sesuatu yang dipanggil darjat ini boleh merubah banyak pikiran manusia ya.

Doa aku dipemudahkan untuk menjalankan kerja... dan dijauhkan dari anasir2 tak baik yang sememangnya ada di mana2.. Ya Tuhan lindungi hambaMu ini. dan ajarkan aku makna ikhlas beribadah padaMu dalam kerjaku ini...

amin..

berhadapan dengan ikhlas

08 July 2010
hari ini aku diuji dengan sesuatu yang sering aku katakan sendiri.

ikhlas...

seberapa ikhlas aku hari ini baru aku mengerti. namun aku bersyukur kerana berpeluang untuk merasainya dan mengukur tahap iman di dalam hati dan makna redha di dalam jiwa.

petang tadi aku bertemu dengan seorang sahabat. aku telah membantunya untuk satu perkara. dan sahabat itu tidak sudah2 mahu memberikan ganjaran kepada aku sedangkan aku sendiri sudah berjanji padanya dulu bahawa aku melakukannya dengan 'ikhlas'. aku tidak mahu apa2 balasan. 

namun sahabat ini tetap berdegil. maka dia telah menghadiahkan pada aku sebuah benda yang berbalut. tapi dari rasanya aku tahu itu buku. buku apa itu aku tak tahu. dalam hti berbunga pulak bila dapat hadiah. yelah benda berbungkus ni suspennya memang melampau dan keinginan untuk membuka membuak2...

tapi aku tak terus pulang ke rumah setelah bertemu sahabat ini. sebaliknya aku ke jambatan klang untuk mengambil gambar masjid saat matahari terbenam. dan waktu tu moto aku parking hanya 50m aje dari aku dan hadiah itu masih kekal di bakul motosikal. tergerak di hati aku untuk memasukkan hadiah itu ke dalam beg aku tapi sebab dah biasa dengan suasana UTM, jarang barang yang kita tinggal dalam bakul akan hilang. malah Alia selalu aje tinggalkan kunci motor dia kat motor waktu ke kelas orait aje.

dalam 30 minit aku menembak, sewaktu aku menembak tu adalah 3 orang yang lalu di situ dalam jarak masa yang berbeza. ketiga2 mereka menegur aku.

dan apabila waktu mahu pulang baru aku sedar hadiah itu sudah tidak lagi di situ. saat tu aku terfikir satu aje. mungkin inilah yang Allah nak uji aku seberapa ikhas aku kata aku ikhlas membantu sahabat aku. saat Allah tarikh ganjaran itu hati aku jadi kecewa sedangkan jika aku betul2 ikhlas tak nak mengharapkan apa2 balasan tentunya aku takkan merasa kecewa. lainlah aku kecewa dengan sikap masyarakat klang yang suka mengambil hak orang.

memang sukar untuk menilai ikhlas ni. tapi seperti yang aku cakap aku bersyukur pulak dapat melalui pengalaman ni. minggu depan nak start keje dan aku berdoa pengalaman tentang ikhlas ini dapat aku jadikan panduan untuk aku lebih ikhlas dalam kerja aku. Ya ikhlas itu hanya dapat dinilai oleh Allah tapi berusaha menjadi ikhlas adalah perlu.

aku tahu buku yang dihadiahkan oleh sahabatku itu tentunya buku2 dakwah yang sangat baik untuk diri. aku doakan orang yang mengambilnya akan membacanya dan mendapat hidayah dariNya.. insyaAllah =)

meredhakan apa yang telah hilang ...


rindu yang tak bersahut

06 July 2010

rindu pada mereka yang telah tiada lagi
rasanya lebih sakit berbanding
merindui mereka yang masih hidup

rindu yang tak bersahut....

al fatihah~


i got the job!

05 July 2010

macam mimpi.. sapa sangka budak pompuan yang datang dengan berkobar2 untuk 1st interview dia dan menjawab soalan2 interviewer macam untuk position photographer boleh dapat job as process engineer?!

hehehe but i make it!

alhamdulillah =) 

terima kasih Tuhan =)

neraka dunia akan bermula.. walaupu takut tapi hidup ini sentiasa penuh cabaran dan harus dilalui.. bertindak sebagai orang dewasa.. do my best! kerja kerana Allah.. insyaAllah dipermudahkan!


bicara tentang satu ini...

04 July 2010

dalam setiap perkara yang kamu lakukan, sesiapa sahaja boleh mengambil kebaikan atau keburukan daripada yang kamu lakukan itu. namun ada satu sahaja yang tidak akan sesiapa dapat mengambilnya daripada kamu.

apakah itu?

'keikhlasan...."

ikhlas hanya antara kamu dan Allah sahaja =)

-thanks to my kakak 'kak helia' yang sentiasa dengar butir hikmah yang menusuk2 hatiku-


complicated~

02 July 2010

ada perkara yang kita tak sepatutnya besar2kan nya.. take it easy~

tapi macam mana?

bukan semua perkara dan bukan semua manusia yang boleh anggap semuanya mudah~

tiada yang sempurna...

saat terakhir

01 July 2010

macam bagus dan super lagha aje letak lagu ni kat blog kan.. heh

lagu saat terakhir - ST12

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……

dari pandangan aku... lagu ni bukanlah untuk berjiwang konon aku telah ditinggal oleh kekasih aku yang bla ntah ke mana.. hehe

this song dedicate to all my friends.. mereka yang pernah aku kenali terutama waktu di STAR dan Convent.. kenapa.. aku menjalinkan perhubungan persahabatan dengan mereka namun diakhirnya aku meninggalkan mereka begitu sahaja.

pernah juga aku digelar sebgai seorang yang suka mengambil keempatan. aku berkawan dengan orang2 yang dapat memberi manfaat pada aku. tapi bila mereka dah tak memberikan apa2 lagi yang aku rasakan penting aku akan tinggalkan mereka begitu sahaja. aku akui aku ada bersikap seperti itu. dan aku akui jahat sungguh berkelakuan seperti itu. ada masanya aku benar2 buat tak layan walaupun orang tu betul2 ada disebelah aku. aku tak sedar habit ni kadang2 terbawa hingga kini. tapi aku dah cuba untuk tinggalkan...

maaf kepada semua yang pernah terasa. sungguh sangat mengecewakan mendapat kawan seperti ini.~