...

30 June 2010

ini untuk kamu...
ada sesuatu yang sangat ingin saya katakan pada kamu
harap maklum ia bukan tentang cinta, jiwang2 atau rindu2 ya!
ia tentang apa yang saya rasa
terhadap apa yang kamu lakukan

damn!
saya tak mampu untuk luahkan apa yang saya mahu luahkan
bila kamu di hadapan saya
kesannya
saya merasa lebih marah pada kamu
kawan saya kata ianya unfair
saya memarahi kamu
sedang saya tidak memberi peluang pada kamu
untuk menjelaskan segalanya
sebab saya sendiri tak mampu untuk mendengar lebih banyak lagi penipuan!

lihat saya sudah mula tidak mempercayai kamu!

what should I do?
membiarkan perasaan marah ini?

anda adalah kisah terbaik dalam setiap orang yang anda jumpa
jangan lupa itu
hargailah apa yang anda ada
syukurilah dengan nikmat dan kasih sayang Dia


mungkin satu hari nanti anda akan kembali
mendapat kepercayaan saya

....



fakta?

29 June 2010

seberapa retorik dan hipokrit anda? adakah ia tahap konkrit?

seseorang memberitahu saya pada satu rahsia yang tak akan ada siapa2 yang akan percaya. dan sehingga saat ini saya juga berjuang dengan hati mahu mengatakan ianya hanya khabar angin atau mimpi ngeri. namun kebenarannya tetap didepan mata. berapa banyak harapan yang disandarkan kebenaran tetap kebenaran. masakan mahu berbuat2 tidak tahu sedangkan kebenaran telah terungkai...

anda adalah retorik dan hipokrit! mahu sahaja saya jeritkan. namun mana ada manusia yang sempurna.

seseorang pernah memberitahu saya bahawa dalam perjalanan hidup ini kita tidak akan lari daripada melakukan beberapa penyesalan, dan penyesalan itu akan terus menghantuinya selama mana yang dia mahu...


selama yang dia mahu?

selagi dia membiarkan penyesalan itu menguasai dirinya. selagi dia tidak bangkit dan bangun melawan penyesalan itu...


seberapa pantas

26 June 2010
seberapa pantas masa boleh berlalu
pernah satu waktu saya merasakan masa terlalu pantas
maka merasa susah hati atas perkara yang telah saya sia2kan sepanjang masa berlalu

tapi ada satu waktu
masa menjadi begitu perlahan
sehingga saya menjadi risau akan hal2 yang patut dilakukan untuk masa2 seterusnya

seberapa pantas agaknya masa berlalu?
bagaimana mengukur kepantasannya?


happy fathers day

19 June 2010

bila saya masuk ke rumah
saya seolah masih melihat kamu duduk di kerusi itu
memandang sambil berfikir kenapa saya pulang lewat

bila saya keluar dari rumah
saya seolah melihat kamu sedang mencari kunci
untuk menghantar saya ke destinasi

bila orang bertanya tentang kamu
saya akan memikirkan kamu sedang di rumah
duduk-duduk bersama ahli keluarga yang lain
sehinggalah bicara takziah terlahir dibibir mereka 
saat itu saya seolah tersedar yang kamu sudah pergi 
meninggalkan rumah
dan tidak akan pulang
kali ini kami yang kena pergi kepada kamu

kadang-kadang saya rasa mahu menangis 
kerana memikirkan betapa cepatnya kamu pergi
tapi mereka kata
kamu pergi dengan gembira
tanpa menyusahkan sesiapa

beberapa lama masa berputar
entah esok atau lusa atau tiba waktunya
kita semua akan dikumpulkan semula

selamat hari ayah, papa

tanpa suara, semoga roh mu aman di sana..

al-fatihah...


take rest

15 June 2010

hari ni saya duduk di rumah mak cik berdua dengan adik saudara. mak cik ke bandar dengan anaknya yang lain. mengambil kesempatan ini saya duduk di birai tingkat. disitu tersedia meja. meja berhadapan dengan tingkap. dari luar saya boleh melihat pokok manggis dan pokok rambutan. pokok rambutan sekarang sedang kemerahan. banyak buah2 rambutan yang sudah memanggil2 untuk dipetik.

hari ini cuaca sangat baik. kebosanan tadi saya sempat membuat product shoot. haha tak de keje kan =)

 pagi tadi telefon mama, mintak cuti saya dipanjangkan. ketenangan di kampung buat saya rasa rindu untuk terus tinggal disini. apa taknya pagi2 saya dah keluar ke bendang. lagak macam petani muda pulak =) petang2 pusing kampung dengan budak2 yang akhirnya saya kena belanja air sorang satu =)

tak de bunyi radio di mainkan dengan kuat,. tak de anak2 muda yang bermain shuffle, tak ada orang bergaduh di sebelah rumah, tak ada jerebu, tak ada panggilan ym yang kadang2 membingitkan (heheh) kurang masuk sms (sebab kawasan ni sukar dapat coverage tapi celcom broadband mantap =)), tak ada orang berleter di sebelah saya (hehe sorry mama), tak ada adik yang bising nak itu dan ini dan tak ada benda2 yang kadang2 membuatkan saya rasa rimas. everything so cool~

cuma kat sini bising dengan bunyi si manja. dari tadi asik 'muuukkkk" di kandangnya yang jauh kedepan tapi saya masih boleh bermain cak2 dengan manja. hehe manja, panjang dan pendek.. manja ibu manakala panjang dan pendek anak2nya. 

really sad sebab tak dapat nak download gambar2.. nantilah bila saya dapat my lovely 'cayang' nama laptop saya kat rumah tu. notebook ni kurang install dan sangat sukar untuk kecikkan gambar menggunakan papan kekunci sehalus ni. lagipun saya sendiri tak puas menatap gambar2 dalam skrin yang kecik ni!

some one mesej me dan tanya apa yang kamu rindu saat ini, saat kamu jauh dari tempat kamu?

maka kalau anda apakah jawapan anda?

saya sendiri keliru. off course saya rindukan family saya, cayang saya, keldai bkf saya dan semua yang saya ada...

saya terfikir, selalu saya menyembunyikan segala apa yang saya rasa. menganggapnya sebagai tidak penting. kadang2 saya rasa semua orang akan faham dengan apa yang saya rasa jadi tak perlu nak ditunjuk atau dilayankan sangat. tapi sebagai seorang manusia ianya seakan tidak adil pada diri kita. mengapa harus semuanya disembunyikan. menzahirkan rasa sayang pada diri bukanlah satu dosa. berlaku adil pada mereka yang kita sayang juga bukan satu dosa. merasa sedih atas kehilangan juga bukan dosa. 

selalu menjadi diri sendiri sehingga kadang2 saya sendiri keliru dengan siapa saya sebenarnya, bukankah itu satu kebinasaan pada diri.

bila saya bersendiri begini saya tahu dan tersedar, jarang saya bercakap dengan hati dan memahami masalah2 diri yang sepatutnya saya selesaikan. 

kadang2 kita terlalu sebok sehingga kita berharap orang lain faham kita, tapi kita tak pernah meluangkan masa untuk memahami dan menyelesaikan sendiri masalah kita.

hari ini saya mengambil beberapa masa yang Tuhan lapangkan untuk saya untuk kembali membetulkan saya yang sudah hilang dalam khayalan saya. beberapa keputusan besar dan rasa2 kecewa terpaksa saya hadapi. demi menjaga kesihatan hati pada masa akan datang. sudah masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada perkara2 tak pasti dan berkeyakinan melayari hari dengan segala rasa yang saya mampu dalaminya.
ada perkara yang kadang2 sangat buat kita bahagia, tapi tiba2 kita terpaksa meninggalkannya dengan terpaksa kerana untuk kebaikan hari muka. berhadapan dengan ini sangat menghentak perasaan. tapi saya percaya masa akan merubah segalanya.

benarkan, masa juga adalah penawar kepada segala luka...








15 juni...


15 jun...

hari di pertengahan tahun

5 tahun yang lepas aku disini sambil menghadapi hari ini
dan hari ini aku disini juga
masih menanti adakah sisa 5 tahun yang lepas akan kembali
Tuhan merencana segalanya
walaupun jarak kita hanya Tuhan yang mengetahuinya
namun seolah masih jauh
di mana agaknya penghujungnya

15 jun akan berlalu
berapa tahun lagi ia harus sepi sebegini
namun 15 jun tetap 15 jun
semoga yang akan datang ia bukan lagi kisah sepi

~15 jun 2004~


Bukan Malaikat...

11 June 2010
 
saya bukan malaikat
yang tak pernah melakukan kesilapan

saya juga bukan berada dalam tangga di bawah sedikit malaikat
yang kesalahan pertama akan menjadikan saya perfect selamanya

saya bukan juga yang menghampiri atau jauh sedikit dari malaikat
yang bisa menerima kritikan maha hebat

siapa saya?
saya hanya manusia biasa
yang mengakui melakukan kesilapan berulang kali
hari ini saya berjanji tak mahu melakukannya
esok saya kembali melakukannya
kerana apa
kerana saya bukan malaikat

kadang2 kebenaran disalah erti
tapi salahnya tetap ada
saya belajar
dan saya belajar
mengambil pengajaran daripada kesilapan sendiri adalah satu perkara yang sangat bodoh
tapi sekurangnya saya belajar

saya bukan malaikat
tapi entah kenapa
saya semakin mahu jauh dari kalian semua
sungguh menyesakkan disini
saya mahu pergi seketika
mencari saya yang bukan malaikat
yang semakin hilang dalam kesamaran

saya bukan malaikat...




pergi~

10 June 2010

berlari mencari diri
yang telah hilang dalam kesamaran

berlari mengejar mimpi
yang jauh di awangan

berlari menghampiri realiti
yang kadang kadang berlalu pergi

aku berlari mencari siapa
yang membawa aku kesini...

kamu!