------------pembahagi waktu------------

20 February 2010
ada waktunya, 
apabila kita menganjak ke umur dewasa
23 tahun
sudah besarkan
cukup dewasakah?

dalam nada apa yang harus kita bicara
serius atau main-main sahaja

bilakah kita akan sedar hidup ini adalah satu perjalanan
dan pelabuhannya
ketika di tempatkan ke syurga atau neraka

masa kian deras berlalu
dan aku sudah melepasi pembahagi masa
masuk ke alam yang lebih tua
lantas mereput
dan mati


thanks kepada mereka-mereka yang memberikan ucapan2 selamat mahupun kata2 panjang berbentuk tazkirah... terima kasih kerana mengingati tarikh yang begitu indah ini.. ia hanyalah 20 februari....

23 tahun hanya sebuah angka.. tapi bersamanya terpikul beban yang entah apa-apa..

bakal bergraduasi (insyaAllah), bakal melangkah ke alam perkerjaan (insyaAllah) dan bakal juga menjadi penganggur ......

beberapa bulan akan meninggalkan alam pengajian kadang2 membuatkan aku merasa takut.. bakal jauh dari sahabat2... bakal hilang segala keistimewaan termasukah elaun JPA =)

jika sekarang, rasa malas ke kelas.. skip aje kelasnya tapi jika sudah bekerja jangan mimpi~

tangungjawab semakin bertambah.. kerja.. kerja.. kerja... ramai sudah bertanya kerja di mana dan gaji nanti berapa?

kahwin.. nasib baik belum ada yang sebuk bertanya.. tidak nampak bayang langsung.. asyik main =)

cita dan impian.. beranikah aku menggapainya? sebuah persoalan yang harus dijawab segera!




4 comments:

habibi qalbi said...

selamat hari lahir sahabatku..=]..mungkin agak terlewat namun diri ni sentiasa mendoakan semoga sahabatku ini berjaya dunia juga akhiratnya..amin..

violet biru said...

terima kasih sahabat...

20 februari bukanlah apa-apa...
yang pentinghari-hari yang mendatang.. semoga kita sentiasa berada di jalanNYa.. amin =)

nabihah said...

selamat hari lahir dari A.U akak..si budak comel..he3..
maaf terlambat...terluper nk wish..
doakan kami semua berjaya yer..

violet biru said...

insyaAllah =)