cuba untuk mengerti

28 February 2010

alhamdulillah....

aku bersyukur seadanya dengan apa yang aku miliki
BKF, C380, V3000, D3000, S560, dan N200
semuanya menjadikan urusan lebih mudah
malah bermewah!

alhamdulillah...
selama aku hidup
keluarga aku masih cukup makan
hari makin bertambah
taraf hidup semakin baik
tiada istilah erti kata kempunan atau tak mampu nak makan itu dan ini

semalam aku ke sebuah tempat
di mana manusia di sana
saling menagih bantuan
amat memerlukan pertolongan
mendambakan pimpinan

seorang ibu yang bekerja 
menyara anak yang kurang upaya
menjaga orang tua yang tak mampu melakukan apa-apa

seorang warga tua
melontarkan rasa marah
kerana tertekan dengan tekanan hidup
apabila wang sering kesempitan dalam hidupnya
sedang setiap saat ia amat memerlukannya

mereka datang
demi mendapatkan bantuan
sebuah beg berisi tepung, minyak dan beberapa keperluan harian
duduk dalam majlis dan menunggu sehingga habis
walaupun sudah kebas kaki dan punggung
walaupun anak kecik sudah menangis kepanasan
walaupun fikiran sendiri sudah melayang entah ke mana

di mana keadilan?
di mana pembelaan?
sampai bila anak kecil ini akan terus melihat ibunya menagih simpati?
sampai bila para bapak-bapak menteri akan menabur janji
jangan hina mereka sedemikian begini
berilah hak mereka
anda mampu melakukannya!!!


apalah perlu kata-kata

22 February 2010

sejak bila kasih sayang perlu diucapkan dengan kata-kata?
siapa punya angkara yang katakan 
kasih sayang terjalin dengan kata-kata

kasih sayang
terjalin dengan pandangan mata
belaian dari tangan 
dan bisikan dari hati

anda tak percaya

biar saya kisahkan sebuah cerita

ia hanya anak kecil
yang sangat sayangkan ayahnya
satu hari ayahnya mendapat stroke
lumpuh sebelah anggota
dan hilang suaranya
sejak itu ayah yang aktif
menjadi pasif di hamparan lantai

namun kasih sayang si anak bertambah
jika dulu dia suka keluar rumah
tapi sekarang dia lebih suka berkurung di rumah
menjaga ayahnya
menyuapkan makanan ke mulut ayahnya
menukarkan lampin ayahnya
memberikan ubat
dan tidur di sebelah ayahnya

tiada bicara
.....semuanya senyap.....

hanya belaian
pandangan mata dengan kasih seorang ayah pada anaknya

ianya bukan simpati
tapi kasih sayang
anugerah Tuhan yang paling tinggi

jadi siapa kata kasih sayang perlu diucapkan dengan kata-kata
siapa yang begitu mahukan kata-kata baru mahu berkasih sayang
maka anda sedang jahanam bersama keinginan anda yang melampau-lampau
sedangkan kasih sayang itu
letaknya di hati
maka gunakan sahaja bahasa hati
dan isyarat mata serta tangan

namun awas
tangan hanya pada mereka yang halal sahaja!

dedicate untuk paklang dan Wan... semoga tabah dalam segala ujian...
Tuhan sangat sayang kamu...


------------pembahagi waktu------------

20 February 2010
ada waktunya, 
apabila kita menganjak ke umur dewasa
23 tahun
sudah besarkan
cukup dewasakah?

dalam nada apa yang harus kita bicara
serius atau main-main sahaja

bilakah kita akan sedar hidup ini adalah satu perjalanan
dan pelabuhannya
ketika di tempatkan ke syurga atau neraka

masa kian deras berlalu
dan aku sudah melepasi pembahagi masa
masuk ke alam yang lebih tua
lantas mereput
dan mati


thanks kepada mereka-mereka yang memberikan ucapan2 selamat mahupun kata2 panjang berbentuk tazkirah... terima kasih kerana mengingati tarikh yang begitu indah ini.. ia hanyalah 20 februari....

23 tahun hanya sebuah angka.. tapi bersamanya terpikul beban yang entah apa-apa..

bakal bergraduasi (insyaAllah), bakal melangkah ke alam perkerjaan (insyaAllah) dan bakal juga menjadi penganggur ......

beberapa bulan akan meninggalkan alam pengajian kadang2 membuatkan aku merasa takut.. bakal jauh dari sahabat2... bakal hilang segala keistimewaan termasukah elaun JPA =)

jika sekarang, rasa malas ke kelas.. skip aje kelasnya tapi jika sudah bekerja jangan mimpi~

tangungjawab semakin bertambah.. kerja.. kerja.. kerja... ramai sudah bertanya kerja di mana dan gaji nanti berapa?

kahwin.. nasib baik belum ada yang sebuk bertanya.. tidak nampak bayang langsung.. asyik main =)

cita dan impian.. beranikah aku menggapainya? sebuah persoalan yang harus dijawab segera!




menunggu =)

19 February 2010

pernahkah anda merasa penat menunggu seseorang
memikirkan tentang dia
berasa risau dalam setiap perkara
hanya kerana dia tidak berada di depan mata anda?

bagaimanakah harus rasa penat menunggu ini dihilangkan?

ada orang berkata pada saya
menunggu adalah satu keadaan yang membencikan
merasa dipermainkan
dan seperti tidak dihargai

ada juga orang yang mengatakan
menunggu itu umpama suatu yang indah
menunggu didepan ym bilakah status dia available
menunggu dia menghantar sms
dan menunggu bila dia akan memandang ke arah kamu

saya cuba menyelami kedua-dua perasaan itu
mulanya saya merasakan menunggu itu umpama beban
menyesakkan dan menyiksakan
tapi perlahan-lahan
ia menjadi rindu
entah kenapa penantian walaupun tak berpenghujung
seolah memberi harapan
untuk apa kamu harus sentiasa tersenyum
dan mengharapkan yang indah-indah berlaku esok

menunggu bukanlah sesuatu yang menyesakkan
cuma kamu perlu menjadi lebih sabat

bilakah sahabat saya yang sudah terpisah sejak form5 dulu akan muncul
saya akan selalu menunggu dia sambil mendongak ke langit
mungkin esok dia akan kembali dan kami akan menyambung semula
cerita-cerita gosip yang sering kami bualkan bersama =)

(this note dedicate for meL, walau di mana anda berada)

hujan

08 February 2010

dengan kelelahan dan kepenatan
dan dalam keserabutan fikiran
aku mahu pulang
namun hujan renyai renyai yang turun tadi
berubah menjadi lebat dan amat menakutkan

masihkah kau menunggu ku pulang?
masihkan ada ruang untuk aku
andai kepulangan aku nanti lambat 
tidak seperti yang kita janjikan
tidak seperti yang kita aturkan

hujan yang turun mungkin petunjuk dari Tuhan
mungkin juga satu persimpangan
yang akan memisahkan kita
agar terus jauh dan juah lagi jauh

hujan adalah rahmat
hujan adalah kasih sayang
jika kau masih merasakan janji kita adalah satu anugerah dari Tuhan
maka bersabarlah akan kelewatan aku ini
sungguh ia ada ujian 
hanya dari Tuhan


rasa

03 February 2010


saya kurang bagus dalam komunikasi sesama manusia
kerana saya bukan dari planet ini
saya dibuang dari planet sendiri
kerana keinginan untuk berkongsi rasa sesama manusia

namun saya sudah sedar saya tak mampu bertahan
kadang-kadang rasa yang dikongsikan cukup menyakitkan
hati saya rasa berat
dan mata banyak menangis

jika anda terlihat kapal angkasa saya
sila panggil ia kembali
kerana saya mahu kembali
ke planet yang sunyi itu
tapi saya bahagia dengan semua rasa~

-kepenatan dalam rasa membuat projek design umpama mereputkan kita dalam usia-