melayan perasaan..

29 December 2008
pagi2 buta macam ni sebenarnya aku stil banyak keje lagi tapi sebok dok baca blog orang. btw aku ni asyik terfikirkan tentang masa depan aku... apalah yang aku nak jadi nanti. pelikkan...
terus terang aku katakan aku sebenarnya tak minat study chemical enginering., tapi sedikit demi sedikit aku tanamkan minat.
apa yang aku suka?
aku suka mengembara.. menulis tentang tempat2 yang aku pergi, ambil gambar dan memahami budaya mereka. itu aje. mudah sangat ke?
entahlah... tapi itulah aku... selalu orang cakap aku ni jenis yang suka amik ringkas aje. memang betul sebab aku sangat tak suka benda2 yang serabutkan aku.
hm.. kena muhasabah balik ni.
argh.. sambung lain kalilah nak siapkan sj dulu sok dah nak balik KL. hehe bakal mendapat KUDA ku sendiri. bestnya....

kesunyian di hati...

28 December 2008
entahlah.. tapi itu yang aku rasa saat ni. mana taknya semua sahabat2 lain sebok dengan urusan masing2. esok kuliah akan bermula. so banyaklah persedian yang diorang semua nak buat. cuma aku ni je yang rasa macam lost semaca...
kenapa? aku pun tak tau. aku rasa sunyi sangat. tiba-tiba rasa rindu dekat mama, dan rumah. rasa nak main dengan amirah. rasa nak cerita benda2 mengarut yang aku buat dekat mama. huhu dan teringat juga dekat sahabat baik aku chua mei chen. hm... semuanya terasa indah...
perasaan sunyi ni harus di lawan... kalau tak boleh jadi gila. lepas tu wujudlah simptom2 duduk sorang2, menyendiri dan bla bla....
by the way sok aku balik KL. hehe balik sekejap nak betulkan otak aku ni. biar kena motivate sikit jangan asyik nak pikir benda2 mengarut aje.
dalam kesunyian ni aku asyik terfikir kan sesuatu perkara ni aje. semuanya melibatkan hati. argh.. alangkah bagus kalau segala memori dapat aku lupakan.. lantas mencipta memori baru.. maka indahnya dapat dirasai oleh hati. bukan tidak mahu bersyukur tetapi sesetengah perkara yang tidak dapat dilupa terlalu membebankan dan membunuh2 perasaan.
entahlah... semoga semuanya jadi neutral.. semoga esok aku dapat tersenyum dengan lebih ikhlas.. semoga apa yang berlaku menjadikan aku lebih mencintaiNya... bukankah dia tempat sebaik2 mengadu dan memohon pertolongan...

gelombang keadilan...

ku melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

bagai gelombang terus menerjang
ku tumbangkan segala kezaliman
dengan tulus ikhlas untuk keadilan
tika ISLAM gapai sejahtera

takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga...



bersemangat rasanya setiap kali teringat lagu ini. rasanya kalau boleh tiap2 masa nak nyanyi dengan sahabat2 yang lain. terasa 'ruh' lagu ni bila dinyanyikan bersama2.

entahlah. tapi itu yang aku rasakan. lebih kurang seminggu menjalani tarbiah buat aku terfikir... selama ni aku buat kerja ikut kefahaman atau semangat semata-mata.

dan aku dah ada jawapannya... mujurlah pentarbiahan kali ini menyedarkan aku banyak perkara. bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih menginginkan aku merasai kemanisan tarbiah.

aku sedar betapa kurangnya ilmu di dada, tapi ia bukan penghalang untuk aku dan sahabat2 yang lain maju ke depan. ia bukan alasan untuk aku berundur dari pertempuran ini. setiap hari manusia belajar. setiap masa manusia akan sedar akan dirinya... dan setiap kali itulah mereka mencari resolusinya... maka terhasillah manusia yang baik dari sehari ke sehari.

alhamdulillah... aku memperoleh kesedaran... namun kesedaran ini harus lahir bersama usaha. ya ALLAH beri kekuatan pada hamba-Mu ini untuk mengkoreksi diri. agar lahir muslimah sejati yang takkan tunduk pada kepincangan, yang akan selamanya mendokong perjuangan. alhamdulillah ya ALLAH, kau hadirkan sahabat di sisiku yang tak pernah jemu mengajarku.

menjadi yang terbaik tidak mudah... tapi sekurangnya mencuba menjadi terbaik... itu yang lebih baik...

ayuh... tingkatkan pemahamanmu.. moga kita tidak tersungkur... moga kita tidak hanyut... ayuh sahabat... bantu aku selalu...