kecewa......
tu je yang boleh aku katakan. aku kecewa apabila dayu kata yang beri nama untuk jadi ajk IHRAM'08 hanya 7 orang muslimin dan muslimat langsung tak ada... mana perginya mahasiswa Islam ketika tenaga mereka diperlukan?
lama aku muhasabah balik. silap siapa sampai jadi macam tu sekali. adakah sebab poster tak menarik? atau poster tak sampai ke blok2 kat KTDI ni? tapi aku baru aje nampak poster IHRAM tu dekat blok aku. jadi salah yang mana ni????
mungkin IHRAM tak segah program2 lain...
kelesuan dikalangan mahasiswa Islam.... terlalu menyakitkan...
mahasiswa Islam terlalu lesu dengan aktiviti2 kerohanian. jika mereka terlibat pun hanya sebagai peserta. ramai mahasiswa Islam kurang berminat untuk terlibat menjadi ajk bagi program-program yang dikatakan berbentuk "ISLAMIK" ni.
kenapa???
itulah persoalan yang harus dirungkai...
mungkin kerana mahasiswa hari ini lebih fokus pada study menyebabkan mereka menolak segala aktiviti yang boleh mengganggu masa mereka di meja study.
bagi saya mahasiswa jenis ni bukan sahaja tak akan berkecimbung dalam aktiviti keagamaan, malah semua program kolej pun dorang takkan join. terlalu parah mahasiswa yang begini. hidup mereka hanya untuk study. impaknya nanti apabila mereka keluar bekerja. mungkin mereka akan berjaya dengan pointer yang cukup membanggakan tetapi bagaimana komunikasi mereka dan keterbukaan mereka untuk bekerja di luar sana amat diragui....
sepatutnya kehidupan di kolej menjadi medium untuk mereka menimba pengalaman namun telah diabaikan...
mahasiswa jenis kedua yang saya fikirkanlah ialah mahasiswa yang takut dilebel sebai ustaz dan ustazah...
saya sendiri tak menafikan, sejak saya terlibat dlm persatuan2 Islam ni kadang2 terdengar orang memanggil saya ustazah. mula-mula dulu tu rasa segan dan malu. tapi lama-lama saya dah biasa. malah saya anggap itu sebagai doa dari sahabat2.
mahasiswa anggap program Islamik tak capai piawai semasa
ini juga penyebab mereka tak nak join. anggap program Islamik out of date, tak berkembang jumud dan bermacamlah.
mungkin ada banyak lagi jenis mahasiswa yang saya sendiri tak tau nak definasikan mereka sebagai apa.
tapi saya ingin mengongsikan cerita sepanjang bergerak aktif dalam kerja2 ISLAM.
alhamdulillah, tuhan berikan saya keinginan untuk berada dalam organisasi berbentuk Islamik ni. saya masih ingat lagi semasa melangkah masuk ke matrikulasi kedah, saya telah manamkan azam supaya menyertai persatuan islam atau lebih dikenali sebagai pusat islam di KMK.
kenapa???
kehidupan jauh daripada keluarga membuatkan saya terfikir bahawa saya akan lebih mudah terpengaruh untuk menjadi 'orang lain' jadi saya perlukan sehabat untuk sentiasa memastikan saya berada dalam jalan yang betul.
selain itu keinginan saya untuk lebih mengenali diri membawa saya ke persatuan2 Islam.
dan perjuangan diteruskan di medan Universiti. alhamdulillah di KTDI dipertemukan dengan sahabat2 LTKS. dengan LTKS saya mengorak langkah menyertai PMIUTM.
di PMIUTM saya mula mendapat jawapan dalam segala persoalan yang selama ini saya cari. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan dengan sahabat2 sehingga akhirnya diberi hidayah untuk melakukan HIJRAH yang saya anggap besar dalam hidup saya.
melakukan gerak kerja Islam bagi saya sungguh menyeronokkan. kesebokan dari gerak kerja dan bebanan tugas sebagai pelajar saya anggap sebagai anugerah dari Allah swt untuk mengajar saya supaya lebih menghargai masa.
alhamdulillah, dalam membuat gerak kerja Islam saya temui ketenangan, malah kebesaran tuhan terkadang terbukti di depan saya. bersyukur sekali lagi kepada tuhan, dalam kesebokan saya Dia masih lagi memberi ruang untuk saya belajar dan mendapat pointer yang baik.
harapan saya pada Mahasiswa Islam... bangkitlah...
jika gerak kerja seperti IHRAM yang kecil ini pun kita tidak mampu untuk melakukannya, kita beralasan dengan bermacam hal, bagaimanalah kita nak memperjuangkan agama kita nanti?
adakah tugas mempertahankan agama itu hanya untuk alim ulama? adakah sudah cukup kita duduk di universiti hanya untuk medapatkan pointer yang cemerlang???
selalulah tanya pada diri kita tatkala kita bangun dari tidur.....
"apa yang aku boleh buat untuk ISLAM hari ini?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment