memandang ke langit yang luas

17 October 2013

bosannya hari boleh jadi
panjangnya waktu boleh dirasa
saat semuanya bergerak seperti hari hari yang semalam

jiwa rasa terkepung
ada rasa marah dalam dada
yang mungkin akan lepas bila bila masa sahaja

aku manusia yang merasakan
sudah waktunya
aku menghadapi sesuatu yang aku inginkan

aku manusia yang sudah tidak mampu
untuk menjalani hari yang sama ini lagi

aku manusia yang mahu keluar
dari kotak ciptaan aku 3 tahun yang lalu ini

beranikan diri
keluar dari zon selesa
menerjah bumi Tuhan yang luas

memanggil manggil aku mendakapnya!


mungkin

09 October 2013

mungkin jatuh cinta dan bercinta bukan perkara yang sesuai untuk saya

cinta.. hanya penuh dengan rasa rindu dan pilu

dan ia akan buat saya berfikir berjuta kali untuk pergi tanpa menoleh

sedang saya ingin hidup sebebas burung

saya benci bila hati mula berfikir dan berfikir~