History..
adakah ia sudah menjadi sejarah
yang akan kita kenangkan saat ini?
saya masih ingat
ada satu waktu ketika saya pulang dari HEP
waktu saya melalui denai2 bunga kuning yang setia berguguran
saat itu saya terfikir
satu hari nanti selepas saat ini
saya akan merindui denai ini
saya akan merindui suasana ketika itu
merindui rasa penat ulang alik ke HEP demi mendapatkan cop untuk seruan jumaat
ianya satu perasaan yang pilu kala itu
yang membuatkan saya untuk terus kuat dan menghargai segala waktu yang terluang...
hari ini
hati saya tergerak untuk meziarah blog sahabat2 seperjuangan
entah kenapa waktu-waktu payah bersama singgah di hati
waktu saya tiada moto
bagaimana Alia meminjamkan motonya pada saya tanpa banyak soal
waktu saya kebosanan di bilik
Fadila sentiasa menerima saya untuk menyemakkan biliknya dan mendengar segala keluh kesah tak berasas saya
waktu perut terasa lapar makan tengah hari bersama atikah di mana2 yang kami suka
waktu petang mendengar kuliah dakwah dari ustaz mahyudin bersama sahabat2 PMI
beratih silat dengan Bai dan pulang dengan lebam sana sini
bermain tennis dengan sahabat2 dari K11
en yang tidak henti2 menanyakan soalan cepu emas =)
isma yang selalu berkelahi dengan saya untuk perkara yang enth apa-apa
skin yang selalu cover line waktu saya tidur dalam class design
salyana yang sentiasa mengingatkan saya agar sentiasa tenang
zaleha yang selalu meminjamkan note
sun yang sentiasa dengan muka nak menangis dia yang akan membuat saya ketawa sendiri
azumar yang akan mintak laporan itu dan ini
khalisah yang setia menjadi tukan belikan nasi ayam untuk saya
hanisah yang sentiasa mahu berlagak muda dari saya
kak wahyu yang sentiasa membenarkan diri dibuli oleh saya
yani yang sentiasa membuatkan saya mersa seperti seorang kakak
nazirah yang selalu membuat saya semput kalau dengar dia bercakap =)
intan yang sentiasa mengejar saya kerana mahukan gambar2 dia
Ajad yang sentiasa berbeza ideologi dengan saya
Kak nor.. orang paling kurang perasaan bagi saya
kak Helia.. yang sentiasa ada untuk saya =)
masdiana banyak yang keliru antara kita
ajai yang selalu ber'kau' 'aku' dengan saya
nabiha, niza, azura, diana dan syahida yang sentiasa memahami kesibukan kakak naqibah mereka ini
dan semua yang pernah hadir dalam hidup saya di masa lalu
setiap mereka ada cerita dan kenangan tersendiri di hati saya
entah kenapa malam ini
segalanya penuh emosi
orang kata bila sedih kita menangis
bila gembira kita ketawa
bila marah kita menjerit
tapi saya rindu
jadi saya menulis
untuk memberitahu...