selama saya hidup, perkara pertama yang mengingatkan saya pada kamu ialah pada waktu saya beradi di sebuah rumah asuhan. saya menanti di pagar dan kemudia kamu datang. memakai baju biru dan berkaca mata hitam. kamu tahu tak kamu adalah antara lelaki2 yang handsome pada saat itu =)
kamu mengambil saya dari rumah asuhan dan membawa saya pulang ke rumah. selalunya saya akan pulang dengan mak cik sebelah rumah tapi hari tu kamu pulang kerja awal dan amik saya. kami tak terus pulang ke rumah sebaliknya pergi bersiar2 =)
kamu bukanlah seperti orang lain.kamu jarang belikan saya permainan. tapi kamu selalu buatkan saya mainan.. hdiah pertama yang kamu berikan pada saya waktu saya darjah 6 sebuah jam tangan silver bercorak mickey mouse. yup saya suka sangat! walaupun saya alergic jam =)
satu hari kawan2 main baling2 dengan jam tangan tu sebab saya letak dalam pensel box. then separuh dari jam tangan tu hilang entah ke mana. puas saya cari. balik dari sekolah saya cari. sepanjang pulang ke rumah saya mencari kalau2 saya tertinggalkannya waktu saya pergi kesekolah. petang hari pun saya datang check balik. sejak tu saya benci pakai pensil box sebab saya takut barang saya akan hilang macam saya hilangkan separuh dari jam tangan pemberian kamu. saya masih ingat lagi kecewanya muka kamu masa tu. mungkin bagi orang lain jam tu boleh diganti dengan yang lebih mahal lagi, tapi jam tu kami beli bersama2 dengan duit yang cukup besar harganya. maafkan saya =(
bila besar saya suka memberontak. apa yang kamu kata saya suka bantah. bagi saya kamu tak faham saya dan saya sukar nak faham kamu. kami dalam dunia yang berbeza~
bila besar sedikit, bila saya mul jauh dari kamu baru saya tahu saya sangat rindu dengan kamu. bila saya telefon ke rumah saya tak dapat cakap dengan kamu. tapi saya tahu kamu selalu rindu saya juga =)
bila saya pulang ke rumah kami mesti ada benda nak cakap. saya selalu cerita tentang ui saya, betapa luasnya dan betapa saya sangat perlukan motor. kamu kata akan sponsar tapi angah tak bagi. angah kata saya kena berdikari. akhirnya kamu hanya bagi 20% aje selebihnya saya guna duit sendiri.
bila ada motor kamulah yang selalu serviskan untuk saya =)
satu hari kamu sakit... saya rasa susah hati sangat. saya nak balik tapi terlalu sibuk. kamu kata kamu ok. along kata kamu sudah berjalan ke sana sini sudah. lega sedikit hati =)
2 bulan kamu sakit, kelur masuk hospital tapi masih ceria macam biasa. masih gila2 =) sehinggalah satu hari Dr kata Be Prepared dan saya berlari pulang mendapatkan kamu malam itu.
tapi pagi tu kami gelak kuat2 dalam wad sampai Dr sangat bengang. sebelum balik kamu tanya saya bila konvokesyen saya? saya kata september ni. lagi 5 bulan aje =)
nak pergilah tu =)
then satu malam saya sedang memasak makan lewat malam. kamu datang ke dapur dan mengambil sebiji epal hjau. memotong kepada dua dan menyimpan bakinya di dalam peti. saya hanya perhatikan kamu. peliknya kami tak cakap apa2.
esok pagi mama bising2 sebab kamu tak nak bangun subuh walaupun dah kejut. lagi suruh saya kejut kamu.
saya hanya melihat kamu terbaring di sana. tiada suara. saya tak nak percaya dengan apa yang saya fikirkan. sarah call along dan angah suruh balik.
kemudian saya tahu kamu sudah tiada...
hari ini kawan saya tanya sesuatu pada saya....
"mas, kau tak terasa ke tak dapat bagi duit gaji kau pada arwah ayah kau? aku tak de mak ayah dah sedih sangat. maaf yer kalau buat kau terasa".
sehingga saat ini saya masih berperasaan
mahu menunjukkan slip gaji saya pada kamu
mahu menceritakan suasana kerja saya pada kamu
mahu bagitahu kamu siapa yang saya buli hari ini =)
mahu kamu betulkan lmpu bilik yang bengong tu
mahu kamu cari kayu dan kumpul balik pelita2
mahu tunjuk kamu hp baru saya =)
mahu beli baju untuk konvo saya
mahu bincang kereta apa yang patut saya beli
mahu cakap bila patut saya kawin
mahu ubah suai bahagia depan rumah
mahu rancang pergi bercuti
dan mahu bagitahu saya masih simpan separuh jam tangan tu lagi...
sangat rindu kamu papa...
bulan ni saya hilang segala rasa.. segala keinginan untuk bercakap2 banyak.. banyak mendiamkan diri... kesian mama, saya asyik sibuk dengan kerj dan jarang berbual dengan mama...
I know she miss you too...
al-fatihah