Lifeline4Gaza

31 May 2010


Amanat terakhir Ketua Misi Konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia, Sdr Noorazman Bin Samsuddin sebelum bertolak,“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”


15 jun

30 May 2010
satu cerita yang tak pernah tersingkap
satu rasa yang tak pernah terluah
satu perasaan yang hanya mereka yang rasa

ada apa dengan 15 jun
hari dipertengahan tahun
itu sahaja

manusia bisa jadi lupa
haiwan bisa jadi pemangsa
ikan di laut bisa berjalan didarat
15 jun tetap 15 jun
mungkinkah ada perubahan?

selamat menempuh 15 jun
untuk yang keberapa kali...

(kalau anda tidak faham abaikan sahaja)

semua yang semakin kecil

20 May 2010
Sek Taman Gembira....

saya mula memasuki sekolah ini ketika saya dalam darjah 3. sebuah sekolah baru yang mana semuanya masih baru lagi. semalam saya ke sana semula. setelah hampir 10 tahun meninggalkannya. tujuan ke sana adalah untuk mendapatkan pengesahan bagi sijil2 yang diperlukan untuk memohon kerja. 

selepas selesai berjumpa dengan guru besar sekolah itu saya berjalan2 di sekitar sekolah. maka segala memori kemudia dimainkan semula. haha pasti dan pasti saya ke tempat di belakang dewan itu. tiada apa yang berbeza cuma batas tanah yang kami cangkul beramai2 dulu sudah ditumbuhi rumput dan bangku di situ sudah tidak ada lagi. tempat itu merupakan tempat rahsia cewah lepak saya dan liana salah seorang kawan baik saya di masa kecil =) di waktu rehat kami selalu berada disitu sambil bernyanyi kuat2 dan bercerita tentang gosip2.. hahaha

kemudia saya ke padang. saya terkejut sekali apabila merasakan padang yang dulunya sangat luas kelihatan sangat kecil. everything turn to small.. meja, bangku, padang, dan semua... itu menandakan saya sudah besar.

padang bersebelahan dengan bilik music dan saya mendengar murid2 sedang menyanyikan lagu2 yang liriknya sangat kelakar tapi itulah yang dulu saya nyanyikan juga. 2, 3 pelajar berlari2 di waktu kelas sedang berjalan dan beberapa murid sedang berbual2 dengan kakak yang menjaga kedai buku... haha saya juga sering melakuka itu. 

sekolah tengku ampuan rahimah

ada beberapa sijil yang saya tidak sempat untuk sahkan di sek taman gembira maka saya kemudian bergerak ke STAR.

STAR adalah tempat yang paling saya suka untuk pergi. penuh dengan memori dan kenangan. berjalan dari jalan besar menuju ke pintu gate utama sahaja sudah membuatkan saya terbayang keadaannya sewaktu saya balik dari sekolah dulu. penuh dengan orang dan berjalan bersama kawan2 sambil bergelak kuat2. dan melihat dia yang mengayuh basikal...

urusan pengesahan di STAR sangat mudah. so lepas ni aka buat di STAR sahaja sambil dapat juga melawat sekolah =)

semuanya masih sama. ada beberapa cikgu yang masih ada.

public phone itu masih ada, bangku tu ada dan tangga berserta pagar hitam itu masih ada. cuma yang tak ada mei chen.. ehhe

pokok yang pendek tu masih ada dan semakin tinggi (saya sure dia lebih tinggi dari kamu mei chen) dan berdaun lebat. 

padang tu masih hijau. saya melepak sekejap di situ dan terbayang 2 orang budak perempuan yang selalu duduk di tepi padang sambil bercerita tentang masa depan... padang itu masih kelihatan besar (teringat penah kena denda lari keliling padang sebab datang lewat). luasnya padang itu terasa betapa luasnya masa depan yang perlu diteroka.

hai mei chen saya tak sabar nak ke star bersama kamu....

(rugi tak bawa kamera)

to meL saya harap masih berpeluang untuk melihat kamu di situ~

Cinta Setulus Jiwa...

01 May 2010
mainan masak2...
jam tangan mickey mouse (masih simpan lagi)
air tebu setiap kali ada pasar malam...

setiap kali lepas sekolah saya akan menunggu di bawah jambatan depan sekolah Hin Hua.. ops selalunya saya tak pernah tunggu pun, tapi dia yang tunggu. selalunya dia akan datang awal. kalau dia rasa bosan tunggu di bawah jambatan tu dia akan terus ke pagar sekolah dan tunggu saya di situ. bila nampak saya dia akan melambai tangan dan terus berjalan ke arah jambatan di mana motor diletakkan.

ada satu kali selepas pulang dari kerja di cake house, saya memang tak ada duit dan tak ada handset lagi masa tu. jadi bayangkan dari klang saya berjalan pulang ke rumah. sampai dirumah satu rumah kena marah. dan dia pun kena marah sebabnya tak pergi amik saya. tapi yang pasti sebenarnya salah saya sebab saya tak cakap pun jam berapa saya balik. lepas dari kejadian tu, waktu makan tengah hari pun dia akan datang ke cake house untuk jemput saya balik... heh

bila saya masuk matrik dia dan keluarga hantar saya ke kedah. dia bagi duit tapi saya bagi duit tu kat mak. saya ada duit sendiri dari duit kerja. bila saya habis matrik saya memang pokai. saya mintak duit dari dia dan mintak abang masukkan dalam akaun. haha tapi masa saya kuarkan duit satu sen tak ada dalam akaun. saya tak bagitau dia sebab saya takut dia risau.. haha padan muka saya sebab kalau abang masukkan duit mesti saya dah berfoya2 dekat langkawi.. huh

then saya masuk UTM.. dia dan mak tak pernah hantar saya ke UTM. setiap kali balik cuti dia akan amik saya di stesen bas klang. bila saya nak balik ke UTM pun dia yang hantar ke sana. ada pernah satu kali saya tak mahu balik UTM jadi saya paksa dia pulangkan tiket bas tu kat kaunter. dia balik marah2 sebab orang kaunter tu tak mahu amik tiket tu dan pulangkan duit. saya kata tak apa nanti tiket lagi satu beli pakai duit saya tapi dia memang bengang.

dia tak pernah pergi UTM tengok betapa besarnya UTM tu. saya tunjuk gambar dan kata saya perlukan motor. then dia kata ok.. mula2 dia nak sponsar duit moto tapi abang kata tak boleh macam tu. after negotiate dia sponsar rm1500 je dan selebihnya duit saya. maka satu sem saya menderita tak ada duit.. hah

setiap kali cuti panjang dia akan tanya bila nak balik UTM.. saya dan mak bengang betul sebab rasa macam tak suka aje saya duduk rumah.. rupanya dia nak pastikan saya beli tiket awal agar tiket tak habis dan saya tak perlu naik bas yang entah apa2...

konvo bila? lama lagi...... masa saya dapat  emergency call dan terpaksa pulang sebab dia dalam keadaan 50/50 saya berdoa pada Tuhan untuk beri saya hanya satu waktu. agar saya masih boleh lagi melihat dia dalam keadaan dia tersenyum. saya sampai ke hospital dan mencari katil dia dalam limpahan manusia. hah dia melambai pada saya sambil tersenyum. Alhamdulillah walaupun hati saya sakit melihat banyak wayar pada badannya dan layanan Dr. yang kadang2 macam nak kena pelempang aje!

saya sampai dan mencium tangannya. walaupun kadang2 kami selalu gaduh tapi pagi tu saya dan dia boleh pulak mengutuk2 patient di katil hadapan. da dia tanya saya lagi.. bila konvo? kali ni saya senyum dan kata bulan 9 ni.. dah tak lama dah :) then ada pak cik datang dan dia kata kat pak cik tu saya akan konvo bulan 9 ni. owh malunya saya! dalam hati kata habislah satu floor ni akan tahu saya konvo bulan 9 ni!

masa outing JOM saya ada nampak beberapa baju batik yang cantik.. saya teringat masa di tahun 2 ada jumpa baju batik yang cantik sepasang untuk lelaki dan perempuan di masjid jamek. selepas compare harga dan buat calculation.. hah saya tahu mahu beli dimana. sumber duit pastilah dari duit gaji phone interview.. saya memang nak dia dan mak pakai batik dan sedondon masa saya konvo.. haha biar mantap nanti nak buat family portrait boleh frame besar2 letak dekat ruang tamu. biar terbeliak mata orang. aku peduli apa!

hari tu saya masak new resepi.. tapi pelik rasanya.. hha tapi dia makan sedap aje. heh

malam tu dia masak nasi goreng cili padi.. haha dia memang mantap dengan nasi goreng dia. saya makan satu pinggan dalam jam 1am.. then untuk tambah rasa sedap saya goreng telur.. then tiba2 dia masuk dapur dan potong buah lai. makan separuh je dan separuh lagi masih ada dalam peti ais. saya tahu dia akan habiskan separuh lagi pagi esoknya. jadi biarkan aje.

pagi tu mak kejutkan saya. mak kata dia tak bangun2. saya terus ke bilik belakang. saya tengok dia terbaring macam biasa. saya gerakkan dia dan dia kaku macam tu je. saya tengok dadanya tapi tiada ombakan. then pak cik datang dan suruh call along. saya call along dan kakak ipar jawab. saya cakap papa tak nak jaga dari tidur. datanglah sini tengok. tolong kejutkan.. kak ipar suruh check nadi dan saya kata saya tak mahu...

then adik call ambulance..

pak cik satu lagi datang bersama isteri dia. pak cik tu kata amik kain batik lepas. mak cik tu kata ayah dah tak ada. tapi saya buat tak peduli. saya rasa nak jerit aje kat dia masa dia bagitau dekat abang saya ayah kau dah tak ada. hei who are you?! kau mak cik aje kau bukan tuhan yang nak bagi tau orang tu hidup atau mati. saya masih menunggu ambulance sambil dalam hati menyumpah2 kelembapan ambulance.

kemudian ambulance datang. seorang dari mereka memberikan CPR pada papa. lama dia melakukannya sambil mesen itu tidak mahu memberikan apa2 tindak balas. saya memerhari dari luar pintu. waktu itu saya berfikir, adakah Tuhan akan memberikan satu lagi waktu buat saya. saya masih belum memberikan baju batik sedondon dan family portrait kami!

kemudian lelaki itu berhenti dan memandang mama sambil berkata papa dah tiada. saya nak aje kata apa kelulusan awak how come boleh decide dia dah mati?!

semuanya begitu pantas... saya baru aje sampai dari JB minggu lepas da hari ini saya terpaksa melihat papa pergi dan tak kembali. tak ada air mata yang keluar cuma saya sedikit confiuse!

then saya call kak wahyu dan kak helia.. cuma mahukan nasihat.. masa tu saya sangat perlukan tempat meluahkan marah dan kekeliruan...

alhamdulillah jenazah papa selamat dikafankan. saya rasa gembira bila lihat ramai yang membantu memandikan dan mengusung jenazahnya. saya bersyukur sangat2.. walaupun semasa hidupnya papa tak berkesempatan untuk merasai kemewahan sebaliknya bekerja keras untuk anak-anaknya, namun dia pergi dalam keadaan yang begitu tenang sendiri. meninggal ketika tidur di pagi jumaat. SubhanaAllah semoga kau meringankan siksaan terhadapnya dan meletakkan dia di kalangan orang2 yang Kau cintai...

12.34 tengah hari papa meninggalkan rumah kami dan takkan pulang lagi... selamat jalan papa~

"Redha itu penawar"... 

mei chen kata kita semua akan merindui papa.. ya pastilah saya akan rindui dia... mungkin ini yang terbaik untuk papa. walaupun papa tak dapat pergi masa saya konvo tapi saya tahu dia akan sentiasa hadir dalam setiap doa.. walaupun dia takkan ada masa saya kahwin, tapi saya tahu dia akan sentiasa hadir dalam setiap restu....

now saya kena belajar hantar servis moto sendiri, pastikan rumput dekat laman tak panjang dan semak, sediakn pelita masa hari raya, jaga mama, jangan boros masa beli barang dapur, dan bermacam lagi...

perpisahan ini hanya seketika. insyaAllah di alam sana ianya lebih kekal malah lebih indah. insyaAllah...

al-fatihah untuk papa~

buah lai separuh itu masih ada di dalam peti... ketika melihat buah itu, saat itulah air mata saya tumpah dan ketika itu baru saya tahu saya lemah. alhamdulillah terima kasih pada sahabt2 yang memberikan nasihat dan doa.. syukran ya. :)


lagu ini khas untuk papa...
Dalam luka
Dalam duka
Engkau ada dan setia
Temani jiwa…

Surya yang memerah
senja di langit dunia
Sunyi hatiku
Terbayang wajah mereka

Yang memelukku
Menjagaku
Memberiku kasih dan sayang
Mencintaiku
Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu…

Jauh sudah langkah hari
Yang memanggil rindu
Di dalam hatiku padamu
Andai bisa ku mengulang waktu
Hanya tuk mengerti akanmu menyentuhmu…