sakura dan matsuko

10 April 2011

malam sabtu (9/4/11) saya menonton rancangan Majalah 3. dokumentari kali ini berkisar tsunami yang melanda Jepun.

krew majalah 3 bersama dengan sukarelawan putera 1 malaysia telah ke sana untuk menghantarkan bekalan makanan kepada mangsa.

dalam dokumentari itu diselitkan sebuah cerita yang cukup menyentuh hati saya..

matsuko.. gadis kecil yang masih belum mengerti apa2. umurnya hanya sebesar 7 tahun tapi mengalami satu kehilangan yang cukup besar... sewaktu kejadian tsunami, matsuko berada di rumah bersama dengan neneknya.. ibu tersayang keluar ke kedai untuk membeli susu..

matsuko dan neneknya selamat.. tetapi ibunya sehingga ke hari ini masih belum dijumpai...

nenek matsuko enggan ditemu bual.. baginya apa yang berlaku tidak harus dikenang sehingga mematahkan semangat matsuko. hari yang mendatang perlu dijalani dengan penuh kekuatan dan semangat baru.. itulah semangat "gambate kudasai'

turut dipaparkan gambar yang dijumpai selepas tsunami.. gambar matsuko dan sakura (ibu matsuko)

melihat gadis kecil itu tersenyum cukup meruntun perasaan. bila dia menangis? di malam hari ke? di bawah selimut atau ketika makan? bagaimana jika rindu pada ibu datang? bagaimana kalau tiba2 hati mendesak memanggil ibu? masihkah matsuko mengharapkan ibunya pulang? mugkin ibunya terselamat cuma terpisah entah ke mana...

semoga matsuko bertemu dengan sakura...


0 comments: