tahniah =)

24 October 2010

Shamsul Azhar dimasyhur Pro-Canselor UTP


Dari kiri: Nur Illiana Ahmad Kamaruddin, M. Vignesh Kumar dan Mohamad Iskandar Mahbob menunjukkan Anugerah Canselor yang diterima mereka pada majlis Konvokesyen Ke-10 UTP di Tronoh, Batu Gajah, Perak, semalam.


BATU GAJAH 17 Okt. - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Datuk Shamsul Azhar Abbas dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang baru pada majlis konvokesyen ke-10 universiti itu di sini, hari ini.
Shamsul Azhar yang menggantikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkuat kuasa 10 Februari lalu turut menyampaikan ijazah kepada 1,190 graduan pelbagai bidang termasuk program pasca siswazah.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Teknologi Petronas Sdn. Bhd. (ITPSB), Juniwati Rahmat Husin.
Rektor dan Ketua Pegawai Eksekutif UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim ketika berucap pada majlis itu berkata, bagi melaksanakan sasaran UTP mencapai status universiti penyelidikan menjelang 2013, pelan transformasi dirangka dengan mengenal pasti sembilan bidang pengkhususan baru.
"Bidang penyelidikan yang diberi tumpuan adalah nanoteknologi, teknologi air dalam, penemuan minyak terbesar, teknologi hijau, pengurusan gas karbon dioksida, tenaga, kesihatan, bandar mega serta kelestarian sains.
"Sehubungan itu, lapan buah pusat penyelidikan ditubuhkan antaranya Pusat Kajian Automotif dan Makmal Penyelidikan Karbonat Asia Tenggara (Seacarl)," katanya.
Pada majlis itu, pingat emas Anugerah Canselor menjadi milik M. Vignesh Kumar (Kejuruteraan Kimia); Mohamad Iskandar Mahbon (Kejuruteraan Mekanikal) mendapat perak dan Nur Illiana Ahmad Kamaruddin mendapat gangsa (Teknologi Sistem Maklumat Perniagaan).
Vignesh, 22, ketika ditemui berkata, usaha bersungguh-sungguh serta penglibatan dalam aktiviti-aktiviti universiti menjadi kunci kejayaannya.
Dia yang memperoleh Sijil Dekan pada kesemua lapan semester pengajian melayakkannya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama Kejuruteraan Kimia dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.98.
"Saya akan memulakan tugas sebagai Penyelia Operasi di Petronas Carigali selepas ini," katanya.
Mohamad Iskandar, 23, yang turut mendapat Sijil Dekan pada kesemua lapan semester pengajiannya berkata, disiplin dan menepati masa amat penting untuk mendapatkan ijazah sarjana muda kelas pertama.
Anak kepada seorang bekas tentera itu mempunyai minat mendalam terhadap seni tarian meskipun mengikuti pengajian di dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

aku kenal Is (Iskandar) masa kat sekolah agama. satu sekolah agama dengan aku. selalu kena buli dengan aku.. tahniah bro =)

tetiba rasa nak gi umah dia lak.. haha belakang umah aku je wakaka



0 comments: