jaga pointer anda!

28 August 2010

pointer tu bukan segalanya!

dulu saya selalu mengatakan ini pada diri. ya pointer memang bukan segalanya tapi jangan pernah jadikan ini alasan untuk anda mengabaikan pointer anda.

ya saya tahu anda sebuk. sebuk dengan persatuan. sebuk dengan gerak kerja Islam, sebuk dengan itu dan ini, tapi itu masih bukan alasan untuk anda mengabaikan pointer anda.

saya sentiasa berpegang dangan ayat surah Muhammad ayat 7:

"Barangsiapa yang menolong agama Allah, Nescaya Allah akan mengukuhkan kedudukan kamu"

Ayat itu sentiasa benar dan jangan pernah anda jadikan ayat itu alasan untuk anda abaikan pointer anda.

saya sudah berkerja dan pengalaman saya ketika menghadiri interview ada 2 yang majikan akan pandang pada anda:

1) keyakinan anda menyakinkan mereka yang anda mampu menjadi kominiti mereka. untuk memperoleh keyakinan ini saya percaya dan yakin bgi mereka yang aktif dengan persatuana adalah amat mudah untuk memenuhi kriteria ini. mereka yang aktif dalam persatuan berjumpa dengan pelbagai manusia dari pelbagai bidang. memahami cara komunikasi terhadap mereka yang berlainan background dan kemahiran mengayat ketika meeting boleh digunakan =)

2) pointer. tahukah anda mereka hanya memandang pointer 3.0 ke atas? mungkin ada yang tak setuju tapi ia dari pengalaman saya.

kami bukanlah manusia hebat yang tuah akan datang bergolek. jadi sebagai manusia biasa kita kena jaga segala apa yang mampu.

aktif persatuan bukan alasan untuk anda mengabaikan pointer. saya juga aktif dlam persatuan. pernah dua semester saya memegang hampir 4 jawatan penting belum campur lagi dengan jawatan ketika ada program.

jadi jaga pointer anda dan terus aktif berpersatuan. kerana bagi orang macam saya selagi aktif selagi itu masa saya semakin bermakna.

jaga pointer anda dan aktif dalam persatuan.. =)


0 comments: