ketika cinta bertasbih

18 January 2010

"Namanya siapa...?" Anna bertanya sambil tersenyum manis.

"Abdullah..." Azzam menjawab sambil tersenyum juga.

Mengenang semula detik-detik pertemuan mereka ketika di Kaherah setelah kini terikat dalam satu ikatan yang sah sebagi suami isteri.

Ya, ana tahu kisahnya begitu indah. Malah gelombangnya mengalahkan filem Ayat-ayat Cinta! Bahkan mengalahkan siri Nur Kasih mungkin (ana kurang mengikuti siri ini). Itulah gelombang cinta bersyariat yang jelas ditunjukkan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem yang terbahagi kepada dua bahagian ini sangat dinanti-nantikan oleh para penggemar novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas filem Ayat-ayat Cinta meletup satu ketika dahulu. Malah, penggemar filem yang tidak pernah membaca novelnya turut berminat untuk menonton kisah ini.

Apa sebenarnya yang dibawa dalam filem ini? Sehingga menjadi tarikan kepada anak-anak muda, terutamanya yang sedang mencari cinta? Ana tidak mahu mengupas sinopsis filem ini di sini kerana apabila ana mula mengupas, bolehlah hasilkan novel yang baru bertajuk "Fenomena Ketika Cinta Bertasbih" (seperti "Fenomena Ayat-ayat Cinta"). Seandainya ada di kalangan para pembaca yang mahu mengetahui sinopsis filem ini, silakan berkunjung ke SINI dan SINI.

Hakikatnya filem ini berbeza daripada filem adaptasi novel Kang Abik sebelum ini. Untuk filem kali ini, Kang Abik mengawal sepenuhnya proses pembikinannya dari awal pemilihan pelakon sehingga ke penghujung pembuatan filem. Pelakon-pelakonnya dipilih dengan baik, sehingga dibuat audition untuk memilih pelakon yang sepatutnya memegang watak-watak di dalam filem ini.

Penerangan lanjut mengenai pelakon-pelakon dan watak-watak ini boleh didapati di laman INI.

Selepas sahaja bahagian-bahagian filem ini dimasukkan ke laman web broadcast Youtube, statistik penonton (dan pemuat-turun juga mungkin) rata-ratanya menjangkau 10,000 orang! Ini belum termasuk laman web lain yang membahagikan filem ini kepada bahagian-bahagian yang lebih sedikit atau yang menyediakan akses muat turun 1 filem sekaligus.

Nyata filem ini menghasilkan satu fenomena yang tidak ubah seperti setelah keluarnya filem Ayat-ayat Cinta. Sahabat-sahabat mula berceloteh tentang filem ini di Facebook, blog, malah dalam perbualan harian juga. Semua mengimpikan bakal isteri seperti Anna, bakal suami seperti Azzam, sahabat seperti Eliana, adik seperti Hafez atau mungkin juga bapa seperti Pak Kiai. Semua mengimpikan begitu, angan-angannya begitu, cita-citanya begitu.

Di profile Pjoe

Di profile Asmah

Di profile vB

Di profile Elda

Di profile Syauqah

Di profile Im

Di profile Kak Oja
Namun, sejauh mana sebenarnya usaha ke arah cita-cita setinggi langit seperti itu? Sudah cukupkah diri menjadi sesoleh Azzam dan sesolehah Anna? Ana mengharapkan sahabat-sahabat yang menonton filem ini bukan sekadar menanam rasa suka hingga hanyut dalam rasa cinta kepada filemnya sahaja, tetapi ambillah nilai yang ada di dalam filem ini, bentuklah diri untuk menjadi insan soleh dan solehah jika mahu cinta yang diredhai oleh Pencipta CINTA.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang tidak tersentuh hati mahu menonton filem ini kerana impresi awal, "jiwang~" dan "ada benda lain dalam perjuangan ini yang lebih penting dan perlu diutamakan..." seolah-olah filem ini memerlukan lebih daripada dua jam untuk dihabiskan. Pada ana, hiburan itu tidak salah selagi ia memberi nilai kepada Islam, tiada maksiat dan tidak terganggu perjuangan kerananya. Bukan kita tiada masa yang sesuai, bukan kita tiada hak untuk menilai, tetapi kesempitan pemikiran menghadkan kita untuk mengambil iktibar dan kebaikan daripada sesuatu. Ini pandangan ana, mungkin pandangan yang lain berbeza.

Walau apapun, sekali lagi ana ingatkan sahabat-sahabat agar tidak terlalu hanyut dalam kisah pembinaan masjid atas dasar keimanan ini, tetapi jadikanlah ia sebagai titik mula anda mencari Cinta Teratas - CINTA ALLAH. Di sini ana tujukan lagu latar filem ini kepada para pembaca sekalian, renungkanlah.

Ketika Cinta Bertasbih
Melly Goeslow Feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Download MP3: Klik SINI

Pesanan ini juga buat insan yang menaip, berkata-kata dan menghasilkan entry ini. Muhasabah diri bersama, insya'ALLAH.
 
copy from kak sun blog

0 comments: