meletakkan diri dalam masyarakat.

09 October 2009

bukan mudah! kau mahu ditertawakan? rilekslah, aku sorang fikir sudah kalau dorang tanya alih2 je janji tak rasa macam entah apa2...

bukan mudah mahu menjadi manusia akhir zaman. cabarannya lebih besar. fikirnnya lebih pelbagai dan kata-katanya lebih menusuk hati.


"kami akan lancarkan cupcake kami pada 14 februari bersamaan dengan valentine day, dengan ini............" hurai sahabat satu group aku dalam presentation usahawan di suatu pagi.

aku yang berada di hadapan bersama-sama membuat pebentangan tergamam.
isunya mudah, valentine. group aku bakal melancarkan cupcakenya pada 14 februari yang bersamaan dengan valentines day dimana cupcake kami akan digunakan oleh pasangan kekasih untuk menyambut valentine yang aku sendiri memang tahu valentine itu HARAM!

"wei mas, kau biar betul! kau tak bagitau group kau ke valentine tu HARAM! mana boleh sambut."

"wei mas dalam group kau semua islam, tak tahu ke valentine HARAM. kau tak bagitau dorang ek? or kau yang suruh!"


"kau takut nak cakap dorang ke mas oi? ceh poyo je buat usrah dalam usrah berapi2 cakap amar makruf nahi mungkar, sekali present benda kecik macam ni pun tak boleh handle, kata pencetus suasana. ini kau pun hanyut dengan suasana!"

riaksi spontan aku.... menggeleng dan tiba-tiba berkata, valentine haram dan saya tidak pernah bersetuju (ala2 begitulah) itu yang aku terampu lakukan waktu present itu. menyatakan pendirian di hadapan class bahawa aku tidak pernah setuju dan tidak akan setuju.

meletakkan diri dalam masyarakat dan memastikan mereka menghormati kita dan pegangan kita ternyata bukan perkara mudah. lebih-lebih lagi berhadapan dengan orang yang tidak faham akan pendirian kita. kadang2 kita sendiri menjadi bahan permainan.

"mas, mcD jom..."


"boikot..."


"wei jom mcD, semalam makan best gler." kata rakanku pada sahabat yang lain tanpa mempedulikan aku.

adakah mesej aku tidak sampai? adakah boikot hanya satu pilihan? adakah nyawa sahabat kita di Palestine juga satu pilihan. antara nyawa dan tekak yang terasa lapar.

tekanan besar, kesabaran perlu, kuatkan diri dengan sentiasa bersama sahabat?


memang benar apabila kita berada bersama sahabat dari kalangan kita, kita akan merasa kuat. namun bagaiamana dengan masyarakat diluar sana. adakah ini bermakna muslimah harus mengasingkan diri mereka? aku masih lagi mencari formula berkesan. bagaimana mahu meletakkan diri dalam masyarakat.

yang pasti kekuatan itu perlu dan yakin dengan apa yang kita lakukan.
bukan mudah menjadi pencetus dalam masyarakat, namun meletakkan diri dalam masyarakat dan membuatkan mereka faham akan siapa kamu itu perlu!



aku mahu menjadi manusia
yang berdiri dengan pegangannya,
yang menahan angin dengan pegangannya,
dan yang berkata-kata dengan menegakkan pegangannya!

0 comments: