tears...

06 September 2009
ada air mata yang mengalir secara tiba-tiba.

satu malam aku berborak dengan kak helia. entah macam mana boleh cerita tentang waktu aku dalam darjah satu. cerita macam mana setiap hari abis sekolah aku balik rumah, makan bersama family dan arwah atuk. duduk sebelah arwah atuk dan tulis diari. then main dengan sarah dan kena sakat dengan along dan angah.

tiba-tiba... air mata terus mengalir dan tak nak henti-henti. kak helia pun jadi pelik. aku lagilah pelik. ianya mungkin air mata kegembiraan kerana waktu itulah waktu yang paling bahagia. semua orang makan bersama, main bersama, bergaduh bersama. namun semakin hari kami semua semakin besar. semakin terpisah antara satu sama lain. semakin jauh antara satu sama lain. tiada masa lagi bergaduh, makan bersama dan main bersama.

kata kak helia mungkin aku terlalu memendamkan apa yang aku rasa. secara tak sengaja apabila ia terluah sehingga terasa burden tu terlerai dan air mata mengalir bersamanya...

ianya sangat indah. walaupun hanya mengingat papa dan mama kadang2 air mata akan mengalir walaupun waktu tu hanya sedang membaca buku. bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah. sayangilah mereka dan hargailah mereka.

kadang2 ianya sangat menakutkan apabila memikirkan tentang esok hari. tak semua perkara dapat berlaku mengikut kehendak kita.

aku bukanlah anak terbaik yang boleh dibanggakan. antara yang degil dan penuh emosi. namun jauh di sudut hati ini sangat sayangka familynya. argh... sangat sunyi apabila sendiri. miss u all...

0 comments: