riang ria hari raya...

22 September 2009
sedar tak sedar dah masuk hari ke 4 hari raya. hari raya pertama dan kedua aku sebok mengikut family beraya di rumah sanak saudara. ada yang kenal ada juga yang kurang2 kenal. masa nilah nak berkenal2an. tambah menarik bila along beraya di rumah kita orang. apalagi amirahlah yang menjadi tumpuan. sepanjang 3 hari ni (sebelum raya n after raya) asyik bermanja dengan pakik dan mak cik2 nya. seronok betul amirah.

dah besar-besar macam aku ni masih dapat duit raya. hahaha bengang aje si syawal bila tengok duit raya aku yang lagi banyak daripada dia. dua hari je dah cecah 3 angka. tulah jadi orang besar ni pun ok. teringat masa kecik2 dulu. sakan beraya sana sini dengan mona. asal petang aje hilang sebab pergi beraya rumah jiran2. kalau beraya tak nak gi satu kumpulan nanti duit raya nya kurang. so aku ngan mona pergi berdua. paling2 dapat sorang rm 1 ok apa =) dan perlukan 5 hari untuk capai angka 3. kelakar2....

as long as u still study... boleh dapat duit raya. ha itu kata mak lang. then aku pun sambut..kalau macam tua after dis sambung master... dapat lagi duit raya lah? semua ketawa =)

raya ke 3 duduk di rumah sahaja. banyak pulak saudara2 yang datang. macam biasa mak aku duduk di depan macam mem besar. aku ngan adik aku terperuk di dapur masak itu dan ini. aduh... sengal juga pinggang aku di buatnya. harap2 they like what i cook =)

dan hari ini raya ke 4... orang dari port dickson datang. riuh rendah rumah aku. macam nak terangkat. pak ud kata sok kitaorang semua akan beraya ke rumah pak cik tu pulak di port dickson. yes! aku memang suka gi umah pak cik tu. kenapa? rumah banglo dia terletak kat atas bukit yang menghadap laut port dickson. masa kecik2 dulu kit orang selalu pergi ruah dia. tapi kita orang yang kecik2 ni buknnya lepak rumah dia sebaliknya pergi main air laut... argh... harap2 plan sok jadi dan amirah akan ikut. boleh amik pic laut...

tadi belek2 buku resepi. tak tahu nak bawak balik apa untuk kawan2 dekat UTM. raya tahun lepas bawak balik kek... hmm malas pulak nak masak kek. ingat nak buat semperit...

cerita apsal semeprit ni aku dah 4 hari kempunan nak makan semperit. semua umah yang pergi tak de kuih semperit. kalau ada pun yang bentuk bunga. tak de feel la makan yang bentuk bunga. then mona kata. kau buatlah... so insyaAllah aku buat =)

semperit

nak upload pic2 raya tapikena edit2 sikit. oklah sambug nanti nak menonton jap =)

0 comments: