tuhan... bantu kami....

13 July 2009
waktu dulu arwah atuk pun macam tu juga.

arwah atuk ada sakit darah tinggi. satu hari masa aku balik dari sekolah aku dengar pakcik2 aku sedang berbincang tentang perkara yang agak serius. atuk akan dimasukkan ke hospital.

waktu tu aku takut sangat. kalau atuk tak ada kat rumah tak bestlah nanti. aku masih darjah 4 masa tu. angah darjah 6 dan along sedang berusaha gigih untuk SPM dia.

kalau atuk duduk hospital sapa yang nak ajar aku masak? semua orang tahu air tangan atuk memang sedap. dulu masa muda2 lepas aje suami atuk meninggal atuk buka restoran dengan Port. aku masih ingat lagi restoren tu. aku ingat lagi mak uda akan bawa aku dengan mona ke restoren tu waktu tengah hari. kitaorang akan main dekat situ. ada play ground dekat2 situ. bila penat atuk akan buka air botol gas untuk kitaorang.

baru beberapa hari lepas atuk ajar aku masak nasi. nasi tu masak dalam 3 pot. walaupun family aku ada 6 orang tapi atuk memang suka masak banyak2. kenapa? sebab dia mesti bagi dekat anak2 dia yang lain. pak uda kat sebelah rumah, mak ngah dekat sebelah rumah pak lang dan pak lang dekat sebelah rumah aku. nasi yang banyak tu atuk ajar aku masak nasi goreng. sejak hari atuk ajar aku masak nasi goreng, setiap hujung minggu aje aku yang masak sarapan. sampaikan along marah sebab tak sedap. tapi atuk kata kalau practise tiap2 hari mesti sedap. kata orang "practise make perfect".

beberapa lama kemudaian atuk dimasukkan ke pantai medical centre. lama atuk duduk dalam wad. aku bosan sangat kat umah. sampailah stu hari atuk pulang. tapi keadaan atuk tak sama macam dia pergi dulu. atuk kena stroke sebelah badan. atuk tak boleh bangun. aku sangat terkejut. aku ingat lagi macam mana mama lari dari bilik atuk dan nangis dekat dapur.

"mas... urut kaki atuk..." tegur mak uda.

aku menurut aje. aku tak faham sangat apa yang sedang berlaku.

stroke atuk tak pernah nak pulih. satu hari pak uda hantar atuk dekat rumah tukang urut yang terletak kat mana aku tak ingat. aku dengan nozie ditugaskan menjaga atuk kat rumah tu. walaupun atuk stroke tapi dia masih boleh bercakap.

waktu dengan atuk, aku rasa sedih sangat. apa yang dia mintak dekat aku masa aku bersama dia masih segar di kepala aku. walaupun aku nak buat apa yang dia minta tapi nozie tegah untuk kebaikan atuk. waktu itu aku rasa jahat sanagt.

aku nak atuk aku yang dulu!!!

bila nozie pergi mandi, aku urut atuk dan cerita tentang apa sahaja yang atuk ajar aku sambil aku keluarkan beberapa barang yang atuk pernah belikan untuk aku. atuk sapu muka aku dengan tangan dia sambil bisikkan sesuatu.

AKU NAK ATUK AKU YANG DULU!!!!

lama atuk stroke tapi tetap tak pulih. dan kemudian keadaannya makin kritikal. diasukkan ke wad sehinggalah satu pagi mama kejutkan aku dan kata atuk dah tak ada.

atuukk.......

itu cerita lama dulu......... hari ini aku akan rasa sedih setiap kali aku lihat barang2 atuk. at last aku gembira sebab atuk pergi dalam keadaan anak2 dan cucu dia semua berjaya. tak ada siapa yang susah.


malam ni aku pergi ke rumah nozie. kenapa? pak lang ada kat sana. dia tinggal kat rumah nozie. bukan pak lang tak nak balik rumah dia tapi pak uda tak bagi. umah pak lang sebelah futsall. bising!

aku datang. then salam pak lang. aku kuatkan semangat agar tiada air yang tumpah. jadi aku tak boleh pandang pak lang. aku bual2 dengan maklang. mencipta suasana gembira itu kepandaian aku.

satu sudut aku duduk di sofa. aku lihat dari jauh syazwan memicit2 kaki ayahnya. syafiq tidur di sebelah pak lang. aku tahu apa yang diorang fikirkan....

kerisauan....

aku tahu syafiq menangis dalam hati dia. aku tahu syazwan sedang mengawal air mata dia. melihat syazwan seperti melihat aku ketika menjaga atuk dulu. he not deserve for this! aku jadi marah melihat apa yang berlaku. pak lang stroke sehingga mulut dia tak boleh bercakap. siksanya!

aku hanya mampu melihat dari jauh tanpa mampu berbuat apa2. sakitnya hati ini. rasanya ingin saja aku teriakkan pada dunia andai ada siapa2 yang boleh tamatkan penderitaan ini!

Tuhan.... hanya pada Mu tuhan... hanyan kepadaMu.....

bantulah keluarga itu. berikanlah kekuatan kepada pak lang untuk menempuh dugaanMu... sesungguhnya aku redha atas apa yang berlaku. aku tahu ini hanya ujianMu... semoga ujian ini bisa membawa keuarga itu lebih dekat, lebih akrab padaMu...

kau berikanlah kekuatan pada anak2nya tuhan... kau berikanlah kekuatan kepada syafiq untuk menerjah kekalutan ini. kau berikan ketabahan kepada syazwan untuk menempuh kesulitan ini dan kau berikan kepada mak lang kesabaran untuk bersama mengharungi rintangan ini. kekalkan mereka ya Allah di jalanMu. dan kau bukakanlah hati omar untuk menerima segala ketentuanMu...

ya Allah berikan aku kekuatan untuk membantu. berikan pak uda kekuatan untuk memapah abangnya menghadapi dugaanMu... berikan kekuatan kepada mak uda dan anak2nya untuk sebuah pengorbanan dan berikan kekutan kepada semua untuk sama2 bersatu menghadapi ujian ini.

baru kini aku sedar dan melihat sendiri. betapa musibah yang kau turunkan ini bukanlah buruk belaka. sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. aku melihat sendiri Ya Allah bagaimana seorang adik yang begitu renggang dengan abangnya menidurkan abangnya di pangkuannya sambil mengalunkan zikir... SubhanaAllah......

0 comments: