sem baru tanpa 'epal yang tinggi'

28 June 2009
woi... bangun... bangun... buka pintu ni...

jam di sebelah menunjukkan pukul 8.00 pagi. argh.. sapa lah yang kurang ajar ni. dahlah datang bilik orang tak bagi tau. pulak tu ketuk macam nak pecah pintu. salam pun tak bagi. apa ke halnya ni?

aku menggulung dalam selimut. apa ingat aku nak bukak ke? hah jeritlah sorang-sorang kat luar tu. selagi tak bagi salam jangan harap aku nak bangun.

woi.. tidur mati ke?! bukak lah pintu ni? tak sembahyang subuh ke?

ek eleh suka ati je kata aku tak sembahyang subuh! dah sembahyang argh... tidur jap tak boleh ke? malam tadi stay up mata ni dah tak boleh nak angkat dah!

woit... bukak2... argh..pura2 tidurlah tu....

argh!!!! sapa ni? ngantuklah... nak mati ke budak ni?!!!

dalam tensen aku berjalan ke pintu. memang nak kena luku ni. hah siaplah ko!

hah bangun pun.. tidur mati ke? orang ketok dah nak roboh pintu tak dengar ke?

lor... si epal rupanya. apa ke hal pagi2 lagi dah tercangak depan bilik aku ni? kalau berdiri diam2 tak pa ni nak diruntuhkan pintu bilik aku. bukan ke si epal ni ada kunci bilik aku? apa ke halnya tak gunakan kunci tu?

kunci mana?

hehehe tadi nak kuar umah awal, terlupa nak amiklah durian =)

sengih pulak! tak cun langsung. aku menutup pintu. si epal masih lagi tersengih2

kelas epal kul 10 lah. unta fatimah anta awal sebab fatimah ada kelas awal.

kak epal duduklah ya... buat macam bilik sendiri. saya ngantuk gila ni, mata tak boleh bukak cuba tengok ni. kepala pun pusing. duduk diam2 saya nak tidur jap.

begitulah sehari2... kalau si epal ada kelas lambat mesti bilik aku yang dia lepaknya. abih bilik aku dipakainya sampai dia dah ada port khas dia kat bilik aku.

bila aku bawak motor baru, si epal nilah jadi pembonceng setia. walaupun aku bawak laju sampai kadang2 si epal jerit2 tapi tak serik2 gak dia naik. hehehe

BKF 3019... hah motor ni pun mesti rindukan epal. sejak si epal xcident ngan sorang akak tu (bukan naik BKF) sejak tu si epal diwarning jangan naik motor lagi. aku pun tak faham apasal. kalau korang nak tau sebelum si epal xcident aku pernah suruh si epal naik motor skuter dari giant ke UTM. hah betapa hebat tak si epal. dalam kaki dia sakit2 tu berjaya juga dia lepas lampu isyarat yang sesak tu. aku perhati jauh je.

namun after xcident semua orang tak bagi epal naik motor. pergh... kerana xcident motor tu yang dipersalahkan. sejak dari tu si epal asyik naik unta fatimah je. tak pun naik buraq NAM. huh! mentang2lah BKF aku ni kuda hitam je. tak dipandangnya lagi.

dengan epal. aku belajar banyak perkara. dulu aku panas baran sikit. pantang kena tunggu sikit aku dah mengamuk merentan tak tentu pasal. nasib baiklah si epal ni pandai cerita tentang idologi2 ni.. ada aje cter dia tu yang kenakan aku.

paling tak tahan cerita pasal epal yang tinggi. tapi entah kenapa aku pulak dapat gelaran durian belanda? cerita sikit!

epal juga selalu ajak aku bagi ikan makan kat tasik. ada ke patut bagi ikan makan roti pondan yang dah basi. tak baik betul. tak patut betul. kalau ikan sakit perut sapa nak jawab. satu hari aku cakap kat epal. wei epal kita ni selalu amik manfaat dari alam, kenapa tak kita manfaatkan diri kita untuk ikan2 dalam tasiik ini?

pergh... muka epal pelik gila...

ya lah kita makan dorang, kita bagi dorng roti basi, kita buat itu dan ini, tapi tak pernah kita buat perkara baik untuk diorang. apa kata mulai ari ni kita jangan lah berkira sangat dengan alam. kalau bagi ikan makan kita bagilah roti yang elok yang boleh kita makan. sambil tangan aku mengeluarkan roti coklat yang belum expied dari dalam beg.

haha bengang aje kak epal tengok aku bagi ikan makan sambil aku makan sekali roti tu. kenapa dia bengang? sebab masa tu kak epal puasa. hahaha

epal pun tebal gak telinga dia. tebal macam kulit apa tah. selalu aje kena sakat dengan aku. semua perkara lebih2 lagi soal jodoh...

woit kak... macam tak sesuai je datang forum cindai ni!

akak pun rasa... kita ni sepatutnya bagi peluang kat mahasiswa/i lain biar diorang faham konsep bercinta dalam islam. kehadiran kita macam sekat peluang untuk orang lain datang.

aku menggeleng2 kepala. berdehem kecil...

buka itu maksud saya.. kataku separuh berbisik

abih tu???

huhu akak tu. tak sesuai datang ni. dah nak grade dah apanya kahwin ketika belajar??? tak sesuai.. untuk tajuk ke 2 pun tak sesuai akak mana ada calon lagi...

then aku pun kena luku...

ketebalan telinga kak epal bukan hanya pada sakatan ku. malah pada lagu2 opic.

wei durian, bukak la lagu sunyi je....

lagu apa?

apa lagi lagu mendambamulah...

habis lagu mendambamu...

lagu rapuh... takwa... alhamdulillah... semester bertasbih... dan semuanya lagu opick...

kak udah2 boleh tak nak muntah dah ni. saya taulah lagu opick memang best gler tapi kalau setiap hari dengar jadi gila saya...

kalau cam tu dengar lagu muhasabah cinta

aku terjelupuk macam nak pengsan sebab lagu tu lebih kerap dimainkan sebelum ni

oit... bila nak gi angsana ni.. gi badan bei buku aku terima nikahnya?

owh jumaat petang. after orang sembahyang jumaat...

orait...

tapi sampai ari ni tak pergi2 kerana aku selalu je kena masuk lab ari jumaat. sabtu dan ahad sebok dengan program...

jom makan laksa banyak bawang...

jom beli cekodok pisang....

jom makan char kuew teaw abang kak amy...

jom itu dan jom ini...

walaupun kadang2 memang rasa macam sempoi je ngan kak epal ni tapi seronok juga.

dan sekarang aku akan mengharungi dunia kampus tanpa lagi epal.

teringat waktu epal dah nak balik ari tu...

oit kak... jangan rindu aku tau...

ek eleh... akak takut orang tu yang rindu. dengar lagu opick smpai nangis2 sabab ingat kak akak.

cet!

saya dah cari kakak baru tau. dalam list dah ada senarai2nya...

pergh....

then... kak epal balik kampung. dah habis semester dia. pergh cepatnya masa berlalu. seingat aku mula2 aku kenal kak epal masa dekat kem mahasiswa gemilang. masa tu sapa tah mintak aku amik kak epal ke kem sebab dia nak dengar ceramah ustaz ismail. balik tu aku anta dia hujan pulak. hehe sempat pau dia belanja air sirap limau.

adake patut orang kata muka aku macam kak epal?! hahaha

hm... sem baru tanpa kak epal... pasti membosankan... sapalah yang akan robohkan pintu bilik aku lagi nanti =(

(p/s: ada penambahan dialog supaya lebih tragis... ehehe)

0 comments: