life...

15 June 2009
hidup ni umpama pengembaraan...
setiap hari kita belajar tentang perkara baru. ada kala perkara yang kita lalui terlalu mengembirakan, namun "panas tak akan sampai ke petang" dalam pengambaraan tentu akan ada cabaran.

alangkah seronoknya jika dapat terbang tinggi. sebetulnya aku sangat obses dengan kapal terbang. asal ternampak kapal terbang aje mesti berhenti sekejap. merenung ke langit dan berharap aku berada di bahagian kokpit. memandu kapal menghala ke destinasi. pada masa yang sama menikmati keindahan ciptaan tuhan. merasai terbang bebas di udara tanpa mendengar suara2 bising yang sangat menyesakkan.

ramai orang selalu kata aku ni happy go lucky orangnya. aku terima dan percaya. aku mudah tertawa. mudah bergurau namun terlalu sukar untuk mengatakan yang aku TIDAK SUKA! selalunya aku hanya terdiam dan menyepi seribu bahasa apabila aku mula rasa tak selesa dan marah.

untuk mereka yang tak mengenali aku pasti merasa aku ni seorang yang pendiam. dan aku akuinya. sikap aku yang malas ambil peduli dengan perkara2 yang tak berkaitan dengan aku buat aku seringkali kelihatan suka menyendiri.

apapun itulah kehidupan. aku sendiri sedang mengembara dalam kehidupan aku. menghayati setiap eperkara yang berlaku disekeliling. menyesali segala kesilapan yang pernah aku lakukan. merindui teman2 yang sudah lama aku tinggalkan.

kehidupan... indah kehidupan ini... walau adakala aku banyak mengeluh tentang kehidupan, namun aku bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih merasai nikmatMu... ujian Mu membaw aku dekat padaMu...

biar selamanya...

selamat hari jadi sahabat... 15 jun ....

2 comments:

daeimuslimah said...

salam...
adikku mas,
hidup ini bagaikan roda..kadang di atas,kadang di bawah.namun tdk bermakna kita perlu berubah pendirian stiap kali kita berubah keadaan.tetapkanlh pendirianmu walau yg berkata seribu..,"be yourself".
La Tahzan...
adat duniawi yg menzalimi iaitu memandang pd yg di luar..jika tdk,masakan ada pepatah inggeris "dont judge a book by its cover".jd tdk perlu kita bersedih dgn pndgn2 org Jahil ataupun org2 CerdikPandai yg serong niatnya.
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yg hakiki

Smg dirimu tabah menghadapi segala..
-k.zah-
~org yg berkata lebih hampir dgn apa yg dikatakan~

violet biru said...

salam... terima kasih =)