hidup umpama roda...

07 June 2009
roda....
sekejap diatas dan sekejap di bawah...
hidup ini umpama roda...

roda bukanlah teruk sangat. apabila berada diatas kita sentiasa merasa senang. namun seringkali juga hati merasa takut. takut satu waktu kita akan jatuh tersungkur. hati bimbang kerana menyangka mampukah kita untuk menghadapi saat kejatuhan itu.

dan hari ini aku sendiri merasakannya.pelik adakah aku bersedia? kenapa tiada air mata yang gugur? cuma terasa sedikitretak di tangkai jantung. hati sedikit berkocak namun terasa ada semangat kuat yang umpama menolak aku supaya buktikan pada dunia. jatuhnya aku pada hari ini tidak bermakna aku gagal untuk selamanya.

atau apa yang aku rasakan saat ini hanya alasan untuk aku menyembunyikan sedalamnya kekecewaan yang aku rasa?

argh...persetankan pada bisikan yang bisa membuatkan langkah ini terhenti. bukankah aku mahu jadi seorang yang positif? apa yang berlaku seharusnya jadi kayu ukur atau key performance index. yang bakal aku jadikan parameter untuk aku tentukan hala tuju aku selepas ini.

walaupun aku gagal merealisasikan 'hatrik' yang aku impikan selama ini, namun aku temui sesuatu...

aku temui impianku yang sebenarnya. aku jatuh tersungkur dan dalam jatuh itu aku terjumpa sesuatu yang selama ini aku tidak pernah untuk tunduk dan merenungnya.

pasti langkah selepas ini lebih hebat akibat penangan sungkuran ini.

dan aku berjanji ia kejatuhan pertama dan yang terakhir...

manusia belajar daripada kesilapan, tetapi hanya manusia bodoh sahaja yang belajar daripada kesilapan sendiri...

hikmah ketika berada di bawah dari sebuah roda....

0 comments: