aKu jaTUh cINTA....

16 June 2009
dalam masa 3 hari... argh silap dalam masa lebih kurang tiga jam aku mula rasa debarannya. kata2nya walau biasa sahaja dan kebanyakannya buat aku sukar untuk faham namun mampu membuatkan aku tersenyum. malah kekal ke hati dan jadi mudah aku fahami.

lirikan di balik bahasa yang penuh kias itu amat mendebarkan hati sehingga aku tak putus2 menatapnya. setiap inci malah satu demi satu yang terlukis di wajahnya aku tatap. biar jangan tertinggal satu pun. biar puas hati aku. biar tak tertanya2 di kemudian hari lantaran sikap acuh tak acuh selama ini. entahlah namun saat berada bersamanya aku mula jadi peka.

Ketupat Cinta...

argh novel itu mampu menggegar rasa. terasa lapar apabila membacanya. mana taknya aku yang memang dikenali suka makan ni terliur sebaik sahaja berada dalam bab pertama. dalam bab satu sahaja sudah diperkenalkan dengan juadah talam keladi yang begitu membuka selera.

Faisal Tehrani, satu nama yang tidak lagi asing dari dunia penulisan tanah air. sebelum ni aku hanya mendengar nama yang cukup gah. namun realitinya penulis yang kusanjungi ini tidak pernah aku tatap novelnya. bukan apa, omokan sahabat2 yang mengatakan penulisan Faisal Tehrani yang cukup berat menjadikan aku takut untuk membacanya walaupun setiap kali ke BADAN aku tercari cari novel 1511H Kombat.

ketupat cinta bukan satu cerita biasa. membaca ketupat cinta seolah2 membaca "The Other Side of Sejarah Melayu" walaupun Sastera Sejarah melayu tu tak pernah ku baca namun aku terasa seolah2 Ketupat Cinta menjawab segala lopak yang ada dalam Sejarah Melayu.

ceritanya berkisar tentang Parameswara (walaupun sebenarnya ingin menceritakan rahsia disebalik kematian Sultan Alaudin Syah dan Tun Lepat) . ceritanya santai, gaya bahasanya bersahaja namun AWAS karekter setiap mereka mewakili mereka yang berada di "atas" sekarang.

watak seperti Tun Rosjah amat menggelikan hati. semua yng berlaku seolah menyindir apa yang berlaku pada hari ini.

ternyata ketupat cinta memang mencengkam jiwa. terperanjat apabila membaca helaian pertama apabila penulis menggukan gaya penulisan prosa tradisional, namun makin diselak makin terasa biasa. prosa tradisional bukan masalah untuk aku menutup ketupat cinta.

ketupat cinta yang aku baca merupakan yang musim pertama. argh... ternanti2 mana musim keduanya?! tak hairanlah ketupat Cinta aku katamkan dalam satu hari sahaja =)

Nama Beta Sultan Alaudin

novel kedua dari Faisal Tehrani. novel yang setebal 144 m/s ini mulanya aku agak keberatan untuk membacanya. layaknya novel ini hanya menjadi teks bacaan sekolah menengah. namun aku layan juga disebabkan dah tak ada novel.

sekali lagi aku terpana. dengan menggunakan latar seorng datuk yang menceritakan tentang Sultan Alaudin pada cucu2nya sudah cukup untuk buat aku jatuh cinta dan kagum dengan Sultan Alaudin. pertama kali dalam hidup aku menyanjungi seorang sultan yang menjadikan Islam sebagai jalan hidup dan prinsipnya. dan tanpa sedar aku menitiskan air mata yang bukan kepalang di akhir bab tatkala Sultan Alaudin diracun. andainya Sultan ini panjang umurnya, SubhanaAllah hanya Dia sahaja yang tahu apa yang berlaku saat ini.

Buku ini layak benar dan harus jadi bahan bacaan pelajar sekolah. Faisal Tehrani menulis teks ini tanpa ada rasa jemu aku membaca BAHAN SEJARAH. malah ia menimbulkan rasa ingin tahu dan semangat membara tatkala membacanya. padanlah hanya 3 jam diperlukan untuk aku katam sementara menunggu sample di washing di dalam Lab tempat aku practical.

seterusnya aku teruskan kembara melalui novel yang bertajuk TUHAN MANUSIA. tatkala menatap novel itu aku diselubungi rasa takut. bimbang kerana isu yang dibincang mengenai soal murtad dan fahaman pluralisme.

SubhanaAllah sekali lagi aku ditarik untuk berjuang mempertahankan agama Islam. fahamlah aku apa itu pluralisme dan betapa umat Islam sekarang di ancam dengan ancaman yang cukup hebat oleh Yahudi. dalam diam, dalam kesamaran rupanya kita sedang dibedil Nuclear yang dilancarkan Yahudi dimana sinarannya dalam bentuk Hedonisme, komunisme, sekularisme dan berbagai lagi isme yang tanpa sedar telah merosakkan gen2 akidah kita. perlahan2 kita semakin jauh dari islam yang sebenar. Mana mungkin Islam itu letaknya setara dengan agama2 yang lain.

pengembaraan terhenti kerana hanya novel ini sahaja yang kak nafisah ada (kak kat rumah sewa aku). namun aku bertekad untuk mengumpul duit dan membeli novel terbaru faisal Tehrani berkaitan tentang Sultan Mahmud (Johor)

ternyata aku telah jatuh cinta dengan karya Faisal Tehrani...

0 comments: