temanggu...

19 March 2009
banyak perkara akan menjadikan kita lebih dewasa. setiap hari kita belajar benda baru. contohnya menulis surat rasmi, membaiki motosikal, mengupgrade blog dan bermacam lagi. yang pasti semuanya menjadikan kehidupan sehari kita lebih baik dan lebih ceria.

dalam perjalanan mengharungi kehidupan, kita akan berdepan dengan situasi yang kadang2 kita tak faham. namun ia mengajar kita untuk mentafsir. lantas menjadikan kita dewasa untuk respon dengan setiap perkara yang berlaku. mungkin ada satu ketika kita akan tersungkur, namun ingatlah adakalanya kita berjaya bukan? maka jadikan kejayaan itu sebagai sumber insporasi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. manakala segala kegagalan sebagai kayu ukuran untuk kita mengelak dari mengulanginya.

adakala dalam melangkah, kita dapat melihat ada sahabat yang sudah jauh meninggalkan kita. ada satu ketika terasa sepi kerana kegembiraan dulu semakin dilupakan. jadi menjadi tanggungjawab kita agar memastikan ukhuwah antara kita sentiasa terjaga. percayalah adakalanya kita terpaksa kembali kepada waktu2 pertama kali bersua agar kemesraan kembali dirasa.

kehidupa akan terus melangkah. kita terpaksa bergerak seiring. mungkin sudah masanya kita lakukan 2 perkara dalam satu masa. jangan hanya terus termangu dan ditinggalkan waktu.

-hanya coretan dari hati yang ingin katakan sesuatu namun tak terluah-

0 comments: