permata yang dicari...

21 March 2009
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Dehearty-permata yang dicari

hari ini ada program CINDAI (cintaku dari Ilahi) di CICT anjuran JAKERS, MSI & PMIUTM. tidak dinafikan tajuk yang dikupas oleh Ustaz Ismail berkaitan Pro & kontra perkahwinan semasa belajar dan perkahwinan masa kini berjaya menarik audiens hampir 250 orang. alhamdulilah satu kejayaan besar kepada pihak penganjur.

dalam kesibukan, aku pergi juga ke program CINDAI ini. walaupun proposal masih tak siap dan study tak habis lagi untuk test isnin ni tapi still nak pergi. kenapa? dah lama tak dengar kuliah ustaz ismail. rindu pula mendengar segala butir nasihat daripada beliau yang tak ubah seperti seorang ayah kepada mahasiswa UTM ni.

apa yang dibentangkan sangat menarik. sambil mendengar perbentangan aku ligat mengusik kak Helia. hehe mesti kak Helia bengang dengan aku. huhu alah adik2 nak bermanja ni, jangan marah2...

kebanyakan audiens rasanya faham dengan apa yang dikupaskan. rata2 banyak soalan ditanya. hati ini ingin juga bertanya soalan namun berikan aje laluan pada mereka yang lebih memerlukan. tertarik dengan cerita Ustaz mengenai pengalaman beliau yang melangsungkan pernikahan di Mesir yang hanya menggunakan khidmat rakan2 dalam soal mencari jodoh.

bila dilihat dengan masyarakat kita hari ini, persoalan mencari pasangan terlalu diabaikan. mengapa? kebanyakan kita banyak meletakkan nafsu dahulu sebagai panduan dalam mencari jodoh sehingga kita membelakangkan segala tuntutan agama. sebab itu budaya couple semakin berleluasa. wajarkah kita menggunakan alasan bercouple untuk mengenal hati pasangan dan kemudian melangsunkan pernikahan. dimana letaknya keberkatan?

melihat teman2 yang sudah berpacaran tidak pernah membuatkan hati ini cemburu. sebaliknya merasa pelik kerana apa yang mereka lakukan terang2 bertentangan dengan agama dan memalukan.

jika ditanya ingin bercinta? ya memang hati ini juga dambakan sebuah cinta, namun cinta itu hanyut dalam kecintaan yang lebih pada yang Esa. senang sekali mendengar percintaan yang bermula selepas pernikahan. bukankah suami jaminan ke syurga? mencari seseorang yang bukan sahaja boleh memimpin kita malah keluarga kita ke syurga memerlukan kita mengikut atucara yang telah dijelaskan olehNya.

pada siapa hati harus membicara sahabat tika dalam kesunyian. marilah bercinta dengan Tuhan. tatkala hatimu diusik rasa rindu dan cinta pada makhlukNya, pada Dialah kita curahkan segalanya.

"ika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu"

bukan mudah mendidik hati, namun buatlah kerana Ilahi. InsyaAllah akan dihadiahkanNya dengan insan yang selamanya akan kau cintai keranaNya.





1 comments:

Tarhata Kiran said...

asslamu'alaikum...

siapa nama permata yang dicari ni yea..rasanya kenal tapi mungkin tak tahu siapa yea..ke...memang tak kenal ek.....?

any way...alhamdullillah dapat satu pengisian ilmu di CINDAI. Dan sememangnya tajuk2 yang berkaitan cinta ini amatlah digemari oleh student yang berumur seperti kita. orang kata, memang timenyer...

Cuma perlu diingat...bahawa cinta manusia itu bukan perkara utama yang ingin dicari dalam hidup kita.tetapi ia adalah suatu yang perlu dititik beratkan. kerana cinta itu adalah satu nikmat fitrah yang Allah kurniakan kepada makhlukNYA. Tolak macam macam mana pun dia akan datang juga.

cumanya...kita tak boleh juga nak terus menyalahkan orang yang mempunyai hubungan cinta yang salah. Mungkin salah dia kerana tak mencari kebenaran, tetapi sebagai orang yang faham hakikat yang sebenar, perlu rasa bersyukur kerana Allah menjemput hati kita untuk memahami.sesungguhnya hidayah itu adalah eksklusif hanya milik Allah yang dikurniakan kepada hamba yang DIA kehendaki. Jadi bukanlah menjadi suatu yang pelik jika ada yang belum memahami.

But sometimes memang sakit mata jugaklaH tengok..