Dolak-dalih PPSMi, Hishamuddin bagai ‘buah catur’ Mahathir -Afifi

10 March 2009
Ampang 10 Mac 2.07am | Speaker Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) Wan Afifi Wan Zainudin menyifatkan Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussien berdolak-dalih dalam isu bantahan PPSMi oleh 100 ribu rakyat sebagai ‘buah catur’ kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad.

AfifiOrang (rakyat) sudah melihat Hishamudin ini bukan lagi sebagai Menteri (Pelajaran), tetapi cuma sebagai ‘buah catur’ Mahathir kerana dia sanggup mempersoalkan mengapa baru sekarang kita (rakyat dan mahasiswa) berdemontrasi…dia tanya kita kenapa tidak demo 6 tahun yang lalu?,” jelas Afifi.

Beliau yang juga Pengarah Penyelidik dan Kajian Strategik PERMASIS turut mempersoal balas Hishamuddin berhubung kepekaannya terhadap nasib bahasa, pejuang bahasa, kaum bumiputera Sabahan-Sarawakian dan orang Asli yang sudah dimangsakan oleh PPSMi sejak enam tahun lepas.

Dia (Hishamudin) adalah salah seorang pemimpin ‘bertelinga satu, berlidah dua’ sebagaimana yang disebut Pak Samad (Sasterawan Negara), sebab itu dia pekak dan munafik (hiprokrit) dalam mendengar bantahan ahli akademik, pakar bahasa, ahli perlembagaan sejak enam tahun lepas,” sinisnya lagi.

Beliau turut meminta Hishamuddin menafikan kenyataan umum bahawa markah lulus/kredit Matematik Tambahan sekarang hanya 7 markah.

Beliau turut menempelak sikap terlalu berpolitik Hishamuddin apabila diminta memberi respon balas berhubung aksi bantahan 100 ribu rakyat pada Sabtu lepas.

Buat masa ini, saya yakin cita-cita kuasai kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Mac depan lebih penting dari PPSMi bagi Hishamudin. Sebab itu, dia asyik menganggap demontrasi 100 rakyat itu dimainkan oleh beberapa pemimpin parti politik, walhal kita memang menentang PPSMi,” tegasnya lagi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi atas responsibaliti beliau meminta jamaah kabinet menyemak semula dasar PPSMi tersebut secepat mungkin.

Terdahulu, Hishamudin sekadar menangguhkan keputusan mansuh PPSMi sehingga awal tahun depan selepas menerima memorandum bantahan oleh Pengerusi Gabungan Membantah PPSMi (GMP) Datuk Dr. Hassan Ahmad di Parlimen.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMi) diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada lewat pemerintahannya (2002) demi memastikan pelajar-pelajar menguasai pencapaian ilmu Sains dan Matematik dari Barat kononnya.

Kenyataan ini dibuat selepas beliau merasmikan majlis penutup Karnival Mahasiswa Bantah PPSMi di Kem Rekreasi Bukit Belacan lewat jam 10.30 malam tadi -mahasiswakini

0 comments: