election...

12 January 2009
13 januari 2009...

akhirnya hari yang ditunggu pun dah tiba. mahasiswa UTM Skudai keluar mengundi untuk memilih majlis perwakilan pelajar mereka. segala usaha, penat lelah dan memacam lagi akan terjawab hari ini.

PRO MAHASISWA dan EVOLUSI @ ASPIRASI
oren dan merah... memang berbeza pilihan raya kampus tahun ni. laungan student power akhirnya berkumandang juga. Pro M dilihat begitu optimis meraih kemenangan. sementara Evolusi atau aspirasi kelihatan rileks. mungkin merek beranggapan 6 calon umum PRO M tidak mampu menggugat penguasaan mereka di UTM.

selaku penyokong kuat Pro Mahasiswa aku meihat PRK kali ni lebih meriah. perang poster dimana2. jika dulu suasananya biasa2 aje, tapi kali ni muncul poster2 kreatif dengan tujuan meraih undi.

di fakulti aku je, poster calon Pro M mendominasi. mungkin betul teori bila kita sedikit, kita berpadu jadi kuat dan tak lihat poster calon PRO M mendominasi di mana2.

pilihan aku?

aku tanyakan pada couse mate aku apa perlunya ada blok Pro M, blok Evolusi atau Aspirasi? jawabnya untuk meriahkan suasana.

dan kata hati aku, blok ini PERLU agar tidak berlaku peguasaan hanya dari sebelah pihak sahaja.

kehadiran blok berbeza mampu menjadi check and balance dalam sesebuah kerajaan. mahasiswa harus sedar itu. demi hanya satu kepentingan iaitu agar hak mereka TEBELA!
macam kata-kata kak Putri Mubinak Sujak, salah seorang calon Umum PRO M... Law To You. janjinya kalau Pro M memerintah MPP.

'new hope.. ew inspirations'
mahasiswa harus terkesan dengan motto ini. jangan biarkan mahasiswa hanya seperti ini. kita sudah melihat corak pemerintahan MPP sebelum ini. MPP pada aku sebelum ini terlalu program oriented. MPP gah dengan pesta konvo dan bermacam lagi tetapi terlalu lesu dengan isu. isu kuota kolej mahasiswa dikurangkan untuk foreigner, isu kenaikan taraf elektrik, isu Palestine, isu bahasa inggeris dalam sains dan metamatik dan isu2 kebajikan mahasiswa. jika ada pun bagi aku terlalu 'mandung'. adakah mereka ni dikawal atau di sekat untuk bersuara?

mahasiswa harus berani... anak muda harus berani menanggung risiko!
pemimpin yang baik sentiasa datang dengan idealisme baru. pemimpin yang 'mandung' adalah pemimpin jenis copy and paste. beri peluang kepada si OREN untuk merealisasikan apa yang mereka katakan sebagai melahirkan kepimpinan yang berkaliber dan menjadi juru bicara masyarakat. biarkan si OREN kembali mengangkat izzah mahasiswa.. biarkan mahasiswa kembali menjadi EJEN PENGUBAH MASYARAKAT...

pada aku yang sekarang sudah di tahun 3. mahasiswa adalah suatu yang terlalu berharga untuk dilepaskan tetapi terlalu berat untuk digengga. mahasiswa harus ada keterampilan, harus ada pendirian dan harus ada hujahnya.

mahasiswa harus lahir sebagai pemimpin! bukan pemimpin masa hadapan, bukan pemimpin kampus tapi pemimpin dunia.

mahasiswa harus punya kuasa.. suara mahasiswa harus bergema... kerana apa merekalah intelektual yang mana suaranya didengari oleh dunia. MAHASISWA BUKAN MANUSIA YANG TERKURUNG DI KAMPUS!

jadi saya menyeru kepada sahabat2 undilh calon anda. pastikan mereka mempunyai semangat untuk membela anda...

selamat mengundi!

mari... mari...
mari undi..
undi... undi...
undi PRO M..

hidup... hidup...
hidup PRO M...

0 comments: