demo dan boikot...

09 January 2009
semakin hari semakin banyak demonstrasi yang diadakan bagi menyatakan kemarahan masyarakat terhadap rejim zionis yang menyerang Israel.

hari ini sahaja, Gamis mengadakan demonstrasi raksasa ke pejabat kedutaan Mesir bagi menggesa kerajaan Mesir menarik balik sekatan bantuan yang dikenakan terhadap rakyat Palestine.

bila berdemo, aku rasa kagum sangat tengok semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sahabat2 lain. ada yang tersesat, putus selipar, tercicir, hilang kawan, pengsan dan macam2 lagi.

ada yang nak cover muka sampai habis satu muka dibalutnya dengan kain. tak kurang juga muslimat yang berpurdah. kalau selama ni pemandangan jubah hitam dan berpurdah ni didominas oleh warga arab hari ni ain pula jadinya. namun memang hebatah semangat2 yang ditunjukkan oleh sahabat.

pelajar2 Palestine di Malaysia pun menunjukkan semangat yang sama. memang concer haller lah diorang. lepas satu, satu lagi laungan yang dilaungkan. walaupun tak jelas ramai yang menyambut tanda sokongan.

ini pengalaman pertama untuk aku. memang berbeza, kalau nak dibandingkan dengan perhimpunan aman di kampus, ini lebih 20 kali lebih besar. mana taknya sahutan bergema sana sini.

alhamdulillah kesihatan memang baik, aku ngan ana berlari sampai ke depan. tak puas hati kalau kat belakang. huhu macam mengetuai geng muslimat pulak.

kami menjerit melaungkan kemarahan. perjalanan sejauh 3 km tu macam tak de apa2 je...

selepas program tamat, semua serbu petronas station nak beli air. mana taknya dahlah pakai baju hitam, panas pulak tu. sampai aku dengan ana dah bertekad kalau jumpa paip nak minum aje.

masa kat petronas station tu aku peratilah apa yang budak2 ni beli. airlah apa lagi. cuma yang kesal tu ada yang beli air nescafe, teh lipton dan beberapa agi barangan yang dalam kategori BOIKOT.

penat2 aje kita semua melaungkan Boikot Israel tapi kita sendiri tak amik cakna dengan barang boikot ni. huhu teguran ini pun untuk diri aku yang sering lupa.

namun aku ingin mengajak teman2 semua mari kita istiqomah dalam memboikot barangan Israel ni.

macam yang kak nani kata, kalau suka sangat dengan milo(aku lah ni) tukar ajelah dengan VIKO. dua-dua pun koko jugak. kalau suka nescafe tukar dengan indocafe.

sebenarnya boleh aje, cuma kita ni (akulah) yang tak boleh sebab dah manja dengan makanan2 ni. malu betul.

teringan kata2 aki zul dalam tazkirahnya petang semalam, isu Palestine ni adalah isu seluruh umat Islam dan ia menuntut umat Islam turut berjuhad. berjihad yang bagaimana? itulah dengan memboikot barangan Israel.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”.

jadi apalagi... untuk diriku ini zahirkan jihadmu yang ko demonstrasikan melalui BOIKOT ini. rasai penderitaan yang saudaramu rasai. berkorbanlah seperti mana mereka di sana. kalau ini pun kau tak boleh buat... Allahuakhbar... tak taulah.

semoga Allah meneguhkan keazaman ku...

0 comments: