calon suami...

06 January 2009
disebabka bilik tak dapat wifiutm, maka terpaksalah aku melepak kat library sampai ke petang. pelikkan nama aje universiti TEKNOLOGI malaysia, tapi kemudahan internet pun kejapada kejap tak de. maca biskut pulak.

dulu masa aku nak beli broadband, tetiba je bilik aku dapat tenet, tapi lepas naik sem ni terus tak dapat. pelik betul.

bila dah duduk melepak kat library ni, solat pun solat kat masjid lah. hehe alhamdulillah masjid UTM memang best cuma sekarang bila dah pasang camera litar tertutup kurang syoklah. rasa kurang selesa sikit sebab walaupun dekat saf muslimat terasa diperhatikan dengan kehadiran camera tu.

cerita pasal solat kat masjid tadi, masa zohor aku terjumpa dengan kak Wa... lama dah tak jumpa dia. sapa kak Wa ni? kak Wa ni aku kenal masa join silat gayung kat UTM ni.dia lah partner aku setiap kali buat demo silat. betapa ganasnya kitaorang dulu. setiap kali demo aje atau latihan mesti akan berjanji setia untuk buat betul2 dan takkan marah!

tu dulu sebelum dia kahwin, lepas dia kahwin aku sendiri tak berani nak janji macam tu. buatnya dia terpregnant masa tu, sudah....

dan tadi masa aku jumpa dia dia dah pregnant! aku memang tahu dia pregnant, banyak kali ajak akak2 spi gi melawat dia cuma tak de masa aje. terkejut sangat. perut taklah besar sangat tapi rasa janggal sangat. comey macam selalu aje kak Wa.

nampak bahagia sangat.sempat gak aku ucap tahniah dekat dia. teringat cita2 aku yang pernah aku bagitau dekat dia. yang mana aku berazam bila aku grade dari UTM nanti aku mesti dah ada tali pinggang merah. aduh.. tapi sekarang aku jarang pergi traning, macam manalah aku nak realisasikan impian aku yang satu ni. tapi ia tetap menjadi azam aku. sapa tau kan...

kak Wa kawin dengan Ustaz. apa nama ustaz baru aku terperasan aku tak tau. ya lah sebab sebelum ni memang panggil dia ustaz aje. kak Wa ngan ustaz orang satu kampung, sebelum masuk U kak wa ngan ustaz dah bertunang. masa tahun 2 diorang kahwin. tapi Ustaz dah keje kak wa je belajar agi.

tengok orang yang dah kawin ni rasa macam bahagia aje. jauh aje dari fitnah. pergi mana-mana orang hormat dan tak kacau. balik rumah ada someone yang sedia mendengar segala masalah.

hehe cakap macam ni taklah maksudkan aku dah nak kahwin. tapi haruslah orang yang macam aku yang dah berumur 21 (bakal masuk 22) ni berfikir soal kahwin kan?

sesetengah orang mungkin ingat macam gatal nak berlaki. tapi macam nikan baik dari gatal nak bercouple!

kadang2 orang mesti mengelak nak berbicara soal kahwin, rasa itu dan inilah. ada sesetengah orang lebih berminat bercouple dahulu sebab boleh tahu hati budi.

hm... aku selalu fikir, kalau couple 2/3 tahun , then tiba2 putus sebab tak serasi... buang masanya...

masa aku baca buku "aku terima nikahnya' tulisan ustaz hasrizal, orang kata aku dah nak kahwin. peliknya takkan buku tentang2 "kahwin" ni baca masa nak kahwin nanti. buatnya bakal2 pengantin yang baca buku2 macam ni tetiba terfikir "lelaki yang aku nak kahwin ni tak de ciri lelaki yan layak di kahwini" atau "lelaki macam ni ke?' kan susah. masa tu takkan nak cansel kahwin kot?

bagi aku buku2 ni harus dibaca dari sekarang, seawal mungkin. agar kita punya masa untuk mempersiapkan mental dan fizikal sebelum ke gerbang perkahwinan. ciri suami solleh harus diketahui sebagai jaminan kita ke syurga.


jaminan ke syurga?

aku terima teori yang menyatakan suami hanya sebagai tiket kita ke syurga. kenapa tidak, suami yang solleh akan membawa isterinya hanyut dalam cinta Ilahi. mengutamakan akhirat melebihi dunia. yakin kebahagian yang berkekalan di syurga daripada kehidupan yang sementara di dunia.

teringat cerita Usta Isail Mustari. selalu dia cerita dia tak mampu nak berpoligami sebab dia bimbang dia tak mampu untuk memimpin keluarga dan umat Islam. dia cakap kalau di boleh habiskan 3 juz al-quran setiap malam, boleh selesaikan masalah umat islam baru dia boleh kahwin lagi satu. sebab dia bimbang hubungan dia dengan Allah terjejas.

bukanlah aku cakap aku ni jenis yang monogami. ya lah isteri mana yang rela dimadukan, cuma disini aku nak tunjuk betapa suami begini akan membawa kita mencintai Ilahi bersama. dengan ini mudahlah untuk ke syurga kerana masing2 terlalu cintakan Allah melebihi segalanya.

tapi dalam zaman sekarang masih ada lagi ke insan yang bernama lelaki yang seromantik Rasulullah s.a.w. hm.. ada lagike suami yang akan kejutkan isterinya untuk bangun qiam bersama. memanggil isterinya dengan panggilan sebaimana rasulullah saw memanggil aisyah sebagai humaira?

Ya Allah semoga kau kurniakan aku suami yang baik. sekurang2nya dia yang apabila aku melihatnya menambahkan keintaan aku padaMu...

dan untuk mendapat suami yang begitu kita yang muslimat ini harus menjadi muslimah terbaik. ayuh bangkit muslimat kau adalah tulang belakang perjuangan!

3 comments:

LEE said...

salam...xde nak komen...tp terasa...hehe...maybe ana adalah watak sampingan dlm cite nti...kadang2 kite xle baca fikiran org pada kita..dan kdg kita pun x fikir sama mcm org lain...maaf la...tp slalu pandangan yg pertama itu betul...bila kita baca buku ber'kaitan', maknanya kita sedang mempersiapkan diri kita kpd sesuatu yg baru dlm kehidupan...semoga nti bertemu dgn 'sparuh. dari diri nti...wallahu'alam

violet biru said...

terlalu sukar untuk ku akui kata2mu..
hm.. tapi mungkin betul. doakan selalu...

jal said...

org yg solehah adalah utk org yg soleh... =>