Bagaimana mahu menjadi penghuni sYurGa...

04 January 2009
macam mana nak masuk syurga?

"sembahyang, dengar cakap mama, jangan buat benda yang Allah tak suka, belajar rajin2, jangan jadi anak derhaka macam tanggang dan bla..bla..."

itu jawapan biasa yang aku dengar bila aku bertanya. lama dulu....

tapi sekarang...

terlalu sukar untuk ditulis kerana terlalu payah untuk digambarkan. sukarke nak masuk syurga ALLAH?

Umar Al-Khattab yang dijanjikan masuk ke Syurga masih berasa risau bimbang jika dialah orang yang dimasksudkan seorang yang tidak masuk ke syurga.

inikan aku?!

semalam lepas subuh aku baca surah An-Naba' ...bergetar jantung aku... mereka yang melanggar suruhanNya masuk ke neraka... di dalamnya panas... minumannya nanah... tinggal bertahun di dalam sana... yang sehari di sana umpama beribu tahun di dunia...

Ya Allah betapa takutya aku... tadi aku terbaca blog seorang sahabat... bercerita tentang dirinya yang merasa betapa sedikit amalannya pad tuhan sehingga merasa tak layak ke syurgaNya... terkesima aku... Dia yang sebegitu hebat merasa sebigitu, kenapa aku yang seba jahil ni boleh merasa senang sahaja?!

betapa aku sedar ilmu didada terlalu kurang... betapa aku sedar qiamulai bukan aktiviti harian aku, betapa aku sedar aku sering terlupa denganNya... tapi kenapa aku boleh duduk senang aje?

Ya Allah.. layakkah aku ke syurgaMu? jika ada ukuran tentang diriku ini, rasanya tak sampai 1% pun. Ya Allah jahilnya aku tapi begitu bercita2 untuk ke syurgaMu...

Ya Allah bagaimana dengan aku ini? Yang selalu terlupa..

Ya Allah takutnya aku apabila mengingatkan betapa sukarnya untuk ke SyurgaMu...

Ya Allah izinkan diri ini sentiasa mengingatiMu... kuatkan hati ini agar istiqomah pada jalanMu... hantarkan padaku Ya Allah sahabat2 yang boleh membawa aku mencintaiMu dan mengenaliMu dengan lebih dekat lagi... Jauhkan aku dari mencintai dunia ini...

kerna aku hanya hamba yang hina Ya Allah.. kerana aku hanya hamba yang sujud padaMu... kerna aku hamba yang mengikut suruhanMu... kerna aku hanya hamba yang berusaha untuk mencintaiMu... kerna aku hanya hamba yang mendambakan Kau mencintaiku kembali...

kasihanilah aku dan ampunkanlah aku...

SELAMATKANLAH AKU YA ALLAH....


Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaak



0 comments: