kesunyian di hati...

28 December 2008
entahlah.. tapi itu yang aku rasa saat ni. mana taknya semua sahabat2 lain sebok dengan urusan masing2. esok kuliah akan bermula. so banyaklah persedian yang diorang semua nak buat. cuma aku ni je yang rasa macam lost semaca...
kenapa? aku pun tak tau. aku rasa sunyi sangat. tiba-tiba rasa rindu dekat mama, dan rumah. rasa nak main dengan amirah. rasa nak cerita benda2 mengarut yang aku buat dekat mama. huhu dan teringat juga dekat sahabat baik aku chua mei chen. hm... semuanya terasa indah...
perasaan sunyi ni harus di lawan... kalau tak boleh jadi gila. lepas tu wujudlah simptom2 duduk sorang2, menyendiri dan bla bla....
by the way sok aku balik KL. hehe balik sekejap nak betulkan otak aku ni. biar kena motivate sikit jangan asyik nak pikir benda2 mengarut aje.
dalam kesunyian ni aku asyik terfikir kan sesuatu perkara ni aje. semuanya melibatkan hati. argh.. alangkah bagus kalau segala memori dapat aku lupakan.. lantas mencipta memori baru.. maka indahnya dapat dirasai oleh hati. bukan tidak mahu bersyukur tetapi sesetengah perkara yang tidak dapat dilupa terlalu membebankan dan membunuh2 perasaan.
entahlah... semoga semuanya jadi neutral.. semoga esok aku dapat tersenyum dengan lebih ikhlas.. semoga apa yang berlaku menjadikan aku lebih mencintaiNya... bukankah dia tempat sebaik2 mengadu dan memohon pertolongan...

0 comments: